Rabu, 25 Julai 2012

WARGA SKP 2012

FOTO INI DIRAKAMKAN SEMASA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH ( 16 MEI 2012 )

Sabtu, 21 Julai 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA KEPADA SEMUA WARGA SKP DAN SEMUA PENGUNJUNG BLOG
SK PELAGAT. SEMOGA IBADAT PUADA DITERIMA ALLAH S.W.T DAN MENDAPAT GANJARAN ISTIMEWA.

Khamis, 19 Julai 2012

PESTA MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN SK PELAGAT 2012

SK PELAGAT, 19/7/2012 - Sebelum semua umat islam menyambut kedatangan ramadhan al-mubarak satu pesta makan buah-buahan tempatan telah diadakan tengah hari tadi.Program tersebut dadakan di dewan terbuka sekolah.

Murid-murid serta guru-guru yang mempunyai pokok buah-buahan tersebut digalakkan
untuk membawanya ke sekolah. Walau bagaimanapun murid dan yang tidak mempunyai pokok atau kebun turut sama membawa buah-buahan tempatan untuk memeriahkan lagi pesta
tersebut

Program yang diadakan pada jam 12.45 tengah hari itu berakhir kira-kira jam 2.00 petang. Selepas itu gotomg-royog membersihkan tapak pesta sebelum semua warga SKP pulang ke rumah masing-masing.

Berikut antara beberapa gelagat murid dan guru yang sempat dirakamkan .



















PENUTUP MINGGU EKSPLORASI SAINS IBNU SINA JUNIOR 2012

SK PELAGAT- 18/7/2012, Minggu Eksplorasi Sains Ibnu Sina Junior 2012 yang berlangsung
selama tiga hari melabuhkan tirainya hari ini. Majlis penutup minggu tersebut telah
disempurnakan oleh tuan guru besar Encik Izlan bin Ibrahim pada jam 8.00 pagi tadi
selepas memberikan ucapan ringkas dan penghargaan kepada semua warga sekolah di atas
kerjasama yang diberikan.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz juga turut diadakan. Hadiah kepada
para pemenang telah disampaikan oleh Cikgu Rosiah binti Zakaia selaku Pengerusi Panitia Sains, Cikgu Zailan bin Ismail(GPK 1) dan tuan guru besar sendiri Cikgu
Izlan bin Ibrahim.

Tahniah kepada semua pemenang kuiz.









Selasa, 17 Julai 2012

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SK PELAGAT 2012

SK PELAGAT, 17/7/2012(SELASA) - Pelancaran Sambutan Bulan Kemeerdekaan
2012 peringkat sekolah telah berlangsung secara sederhana tetapi meriah.
Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar,
Encik Izlan bin Ibrahim kira-kira jam 8.00 pagi bertempat di
Dataran Perhimpunan SK Pelagat.

Sebelum majlis perasmian,semua warga sekolah berkumpul
di dataran perhimpunan.Majlis dimulakan dengan nyanyian
tiga buah lagu. Seterusnya tuan guru besar memberikan
ucapan dan merasmikan pelancaran sambutan bulan kemerdekaan.

Selepas itu guru dan murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan
bendera kebanggaan kita iaitu bendera Malaysia. Majlis diteruskan lagi dengan
penyerahan Jalur Gemilang oleh Mohamad Alif Taquiddin bin Ramli diiringi
dua orang ahli pengakap kepada tuan guru besar.

Sebelum majlis berakhir, sekali lagi seluruh warga SK Pelagat menyanyikan
lagu Jalur Gemilang bersama sambil mengibar dan melambaikan bendera kebanggaan
rakyat Malaysia.

Akhir sekali bacaan doa dipanjatkan kepada Illahi agar kita semua selamat
dan negara Malaysia aman damai serta makmur.






Isnin, 16 Julai 2012

PELANCARAN MINGGU EKSPLORASI SAINS IBNU SINA JUNIOR SK PELAGAT

SK PELAGAT 16/7/201 - Majlis pelancaran Minggu Eksplorasi Sains Ibnu Sina Junior
telah dilancarkan dengan rasminya oleh tuan guru besar, Encik Izlan bin Ibrahim
bertempat di Dataran Perhimpunan SKP pada jam 8.00 pagi. Pada majlis pelancaran tersebut yang dihadiri semua guru dan murid, tuan guru besar berharap agar semua
murid akan mengambil peluang sepenuhnya dengan mengambil bahagian dala aktiviti
yang disediakan.

" GEMILANG TERBILANG "


UCAPAN PERASMIAN OLEH GURU BESAR

GIMIK PERASMIAN

GPK 1 POTONG REBEN BANER

MODEL GUNUNG BERAPI



Sabtu, 14 Julai 2012

MINGGU EKSPLORASI SAINS IBNU SINA JUNIOR SK PELAGAT

TARIKH : 16 - 18 JULAI 2012 (ISNIN - RABU)
MASA : WAKTU PERSEKOLAHAN
TEMPAT : DEWAN TERBUKA DAN BILIK TAYANGAN
AKTIVITI :
1. EKSPLORASI EKSPERIMEN SAINS (HARI PERTAMA)
2. PAMERAN DAN KUIZ EKSPLORASI SAINS (HARI KEDUA)
3. PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH (HARI KETIGA)

" GEMILANG TERBILANG "