Rabu, 24 Oktober 2012

KARNIVAL KOKURIKULUM PASCA UPSR DAERAH BESUT 2012

23/10/2012. SELASA - Murid-murid tahun 6 telah menyertai Karnival Kokurikulum Pasca UPSR Peringkat Daerah Besut 2012. Karnival tersebut telah diadakan di SK Permaisuri Nur Zahirah menyediakan pelbagai program bagi memberi peluang kepada murid-murid menunjukkan bakat dan kreativiti mereka melakukan pelbagai perkara yang telah dipertandingkan.

Wakil dari SK Pelagat telah mendapat naib johan masing-masing dalam pertandingan menulis khat dan juga poem. Tahniah kepada peserta yang telah berjaya menaikkan nama sekolah.

" GEMILANG TERBILANG "

JAMUAN AKHIR TAHUN WARGA SK PELAGAT 2012


22/10/2012, ISNIN - Jamuan akhir tahun warga SK Pelagat telah diadakan bertempat di Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh. Majlis yang diadakan jam 2.00o petang itu dihadiri  hampir semua guru dan semua kakitangan sekolah. Turut hadir YDP PIBG, Tuan Haji Adnand bin Hussin dan isteri, Timbalan YDP PIBG, Encik Ghazali bin  Che Noh dan isteri,  dan juga beberapa orang AJK PIBG yang dapat meluangkan masa ke majlis tersebut.

Semua tetamu dan warga SKP menjamu selera terlebih dahulu kira-kira jam 2.30 petang. Kemudian majlis dteruskan dengan ucapan wakil guru dan kakitangan sekolah, YDP PIBG dan diikuti dengan ucapan tuan guru besar Encik Izlan bin Ibrahim.

Selesai ucapan penyampaian hadiah hari ulang tahun kelahiran pula diadakan bagi seluruh warga sekolah dan tetamu jemputan  yang lahir bermula bulan Julai - Disember. Tuan Haji Adnand bin Hussin juga tidak ketinggalan menerima hadiah me,mandangkan bulan kelahiran beliau ialah pada bulan  Oktober.

 Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan makan tengah hari akhir tahun SK Pelagat 2012.








KHATAM AL-QURAN MURID KAFA

20/10/2012, SABTU - Program Khatam Al-Quran  Murid-murid KAFA (Kelas Agama dan Fardhu Ain) yang belajar pada sebelah petang  telah diadakan  di Masjid Nasiruddin, Kampong Raja.
Program yang bermula jam 7.00 pagi tersebut melibatkan kira-kira 3100 orang murid..  Seramai  40 orang murid kelas petang SK Pelagat tyang telah tamat membaca al-quran  telah menyertai  program tersebut..
Majlis tamat kira-kira jam 10.00 pagi

Khamis, 11 Oktober 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SKP 2012

SK PELAGAT,Khamis - Seramai 30 orang murid tahun 6 telah menyertai majlis khatam al-quran yang diadaklan oleh pihak sekolah bagi sesi persekolahan 2012. Majlis ini adalah bagi memberi pengikhtirafan kepada murid-murid yang telah tamat membaca al-quran. Jadi selepas ini mereka boleh terus membaca dan menghayati serta mengkaji isi kandungan nya. Program ini bermula jam 11.15 pagi dan berakhir kira-kira jam 1.00 tengah hari. Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tuan Haji Safe'in bin Dollah, Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Besut. Sebelum majlis khatam bermula, hadirin dan murid-murid diperdengarkan hafazan ayat-ayat suci al-quran oleh adik Nur Munirah binti Mat Ropi. Nur Munirah merupakan naib johan hafazan kategori sekolah rendah peringkat daerah besut yang diadakan baru-baru ini. Program tersebut telah dikendalikan oleh juru khatam dari sekolah iaitu Ustaz Ahmad Miqdad bin Shamsuddin dan juga Ustaz Mohd Fikhruddin bin Mat Zin. Selepas perasmian, murid-murid tahun 5 telah mempersembahkan dua buah lagu nasyid. Program diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada para peserta, juru khatam dan juga tetamu jemputan. Tahniah kepada semua peserta khatam al-quran 2012. " GEMILANG TERBILANG "














Rabu, 3 Oktober 2012

KEJOHANAN BALAPAN, PADANG & SUKANEKA SK PELAGAT KALI KE-3 2012

SK PELAGAT, 2 Oktober 2012 - Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-3 2012 telah diadakan bertempat di padang sekolah melibatkan semua murid dari prasekolah sehingga murid tahun 6. Kejohanan tersebut berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Oktober 2012 menyediakan pelbagai acaraterutama sukaneka dan acara untuk ibubapa dan pegawai. Pada hari pertama, acara yang dilangsungkan ialah saringan 100m, 200m lontar peluru, lompat jauh ,lompat tinggi dan sukaneka tahap 1 serta prasekolah. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh oleh tuan guru besar.Manakala padasebelah petang pula diadakan sukaneka tahap dua serta tarik tali. Hari kedua suasana menjadi lebih meriah kerana adanya perbarisan danjuga perasmian serta perarakan kontijen di samping pertandingan rumah sukan tercantik. Majlis menjadi lebih meriah dengan kehadiran jawatankuasa PIBG dan juga para ibubapa. Pengerusi PIBG, Tuan Haji Adnand bin Husin hadir sama dan telah merasmikan kejohanan tersebut dengan melapaskan belon serta gimik perasmian. Tuan Haji Adnand juga turut sudi menyampaikan hadiah kepada pera pemenang serta mengadili acara tarik tali antara rumah. Majlis bertambah meriah dengan acara lambung dan sambut telur serta belon berair. Jam 6.30 kesemua acara selesai di mana penyampaian hadiah bagi olahragawan dan olahragawati bagi murid tahun 4, 5 dan 6 disempurnakan oleh tuan guru besar.Ianya diikuti dengan pengumuman khas CUTI SEKOLAH PADA HARI KHAMIS 4/10/2012.
" GEMILANG TERBILANG "