Isnin, 19 November 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

SK PELAGAT, 19/11/2012 - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 telahpun diumumkan dan diketahui oleh semua murid pagi ini.SK Pelagat mencatatkan 12 orang murid yang memperolehi keputusan penuh 5A.

Tahniah kepada calon UPSR SK Pelagat yang berjaya mendapat 5A. Semoga kejayaan ini akan terus mendorong ke arah kejayaan yang akan datang serta membakar semangat murid-muridtahun 5,calon UPSR 2012 untuk turut mencipta kejayaan cemerlang juga.

" GEMILANG TERBILANG "

Selasa, 6 November 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012 

KENYATAAN AKHBAR KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012

 Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.

 Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia 6 November 2012

Ahad, 4 November 2012

JAMUAN BADAN PENGAWAS DAN MURID TAHUN 6

4/11/2012, Ahad - Jamuan akhir tahun Badan Pengawas Sekolah dan murid tahun 6 telah diadakan bertempat di kantin sekolah. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua guru, kakitangan sekolah, pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas SPBT dan semua murid tahun 6.

 Tujuan majlis tersebut diadakan bukan sekadar untuk makan dan minum. Selain dari itu turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada semua pengawas dan juga cenderahati kepada semua murid tahun 6.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh wakil murid iaitu Muhammad fahmi bin Ramelan yang juga merupakan Ketua Pengawas sekolah. Ianya diikuti dengan ucapan oleh Guru Penolong Kanan HEM, Puan Roshidah binti Sedek.

Akhir sekali murid-murid mendengar pesanan dan amanat daripada tuan guru besar, Encik Izlan bin Ibrahim. Acara  penyampaian cenderahati kepaada murid tahun 6 dilakukan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran Encik Zailan bin Ismail manakala penyampaian sijil kepada pengawas telah disempurnakan oleh tuan guru besar sendiri.

 Semua guru dan murid telah dihidangkan dengan nasi minyak dan juga kuih-muih. Majlis yang bermula jam 11.00 pagi selesai kira-kira jam 12.40 tengah hari.

 " GEMILANG TERBILANG "

Khamis, 1 November 2012

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKP 2012

1/11/2012, KHAMIS – SK Pelagat telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2012 bermula jam 9.30 pagi dan selesai kira-kira jam 11.40 pagi. Majlis tersebut adalah bagi member penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Hadiah Kecemerlangan telah diberikan kepada semua murid daripada tahun 1 hingga tahun 6. Tidak ketinggalan juga murid-murid dari kelas prasekolah turut menerima sijil, gambar graduasi dan cenderahati.

 Perasmian telah dilakukan oleh Tuan Haji Adnand bin Hussin, Pengerusi PIBG SK Pelagat. Beliau juga sudi menyampaikan hadiah kepada murud-murid yang Berjaya. Turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut ialah barisan AJK PIBG dan juga para ibubapa. Pelgabai kategori hadiah telah diberikan antaranya kedudukan terbaik dalam kelas, subjek terbaik, kehadiran penuh, anugerah bagi kelas KAFA serta anugerah tokoh akademik lelaki dan perempuan, tokoh kokurikulum lelaki dan perempuan serta tokoh harapan lelaki dan perempuan.

Muhammad Faris Aiman bin Jusoh dan Aresya Nur Arrisya telah terpilih sebagai tokoh akademik terbaik. Manakala Muhammad Fahmi bin Ramelah dan Tuan Jasmin Nabila binti Tuan Hassan pula terpilih untuk menerima anugerah tokoh kokurikulum. Syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah menerima hadiah dan anugerah masing-masing. Semoga kejayaan dan kecemerlangan tersebut dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada semua warga kerga Hari Anugerah Kecemerlangan SKP 2012.
 “ GEMILANG TERBILANG “