Isnin, 23 Mac 2015

MTQ ZON JERTEH 2015
Tarikh   :23 Mac 2015 (selasa)
Masa     : 8.00 pagi
Tempat : SK Padang Landak

SK Pelagat menghantar enam orang peserta ke majlis tersebut bagi tiga kategori iaitu bercerita kisah-kisah Dari al-quran, hafaazan dan tilawah. Setiap kategori diwakili oleh peserta lelaki dan perempuan.
     Mereka yang terlibat ialah Nur Arifah bt Nordin, Wahbah Baihaqi bin Abu Hasan Sazili, Nur Anis bt Mat Ropi
Husna Aisya Bt Azemi, Wan Izudin bin wan Asri dan  Wan Muhammad Habiballah bin Wan Mohd.i
     Walau bagaimanapun peserta SKP tidak balik dengan tangan kosong. Wahbah Baihaqi dan Nur Anis masing-masing mendapat tempat kedua dalam kategori hafazan lelaki dan perempuan. Wan Muhammad Habiballah mendapat tempat ketiga kategori bercerita kisah-kisah dari al-quran. Manakala  Wan Izudin mendapat tempat keempat kategori tilawah.
     Ustazah Noor Sukartini  Dan Ustazah Hazliza  bertugas sebagai hakim.
     Syabas dan tahniah kepada semua peserta MTQ SK Pelagat.



Ahad, 1 Mac 2015

PELANCARAN NILAM 2015
Ahad, 1 Mac 2015 - Pelancaran NILAM peringkat sekolah telah dilangsungkan. Pelancaran  telah disempurnakan oleh than guru besar pada jam 8.00 pagi.

Sebelum perasmian semua guru dan murid  telah dihiburkan dengan persembahan  dalam bahasa inggeris oleh murid 5 Berlian Dan deklamasi sajak oleh Nur Fatini binti Mat Ropi dari tahun 4 intan.