Khamis, 30 April 2015

JAMUAN PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM
30 April, Khamis- Jamuan ringkas telah diadakan bagi meraikan guru-guru praktikum yang tamat menjalani latihan mereka pada hari ini.
     Mereka ialah Muhammad Ruzaini, Muhammad Nakhieuddin, Al Samihah Amni dan Khasmahani.
     Majlis diadakan di bilik peperiksaan dan dihadiri semua guru serta kakitangan sekolah.
     Penyampaian sijil dan cenderamata telah dilakukan oleh Yang Berusaha Encik Izlan bin Ibrahim, guru besar.
Selesai penyampaian hadiah semua yang diraikan dan semua warga SKP menjamu selera dengan menu makan tengah hari.

Isnin, 6 April 2015

6 April, Isnin- Pemantauan pdp oleh pihak PPD Besut jam 11.15 pagi tadi bagi subjek Bahasa Malaysia tahun 6 dan tahun 4.

5.00 -6.30 petang latihan bola tampar. Bola sepak dan memanah di gelanggang dan padang berkenaan.

Akademik, kelas malam bagi murid tahun 6. Malam ini mata pelajaran Bahasa Inggeris mengambil tempat.

Tahniah dan syabas di atas komitmen semua guru.

" GEMILANG TERBILANG "

Khamis, 2 April 2015

2 April 2015, Khamis -  Pasukan bola sepak dan bola tampar perempuan  SK Pelagat telah berkunjung ke SK Tok Motong bagi mengadakan perlawanan persahabatan dalam usaha memantapkan keupayaan para pemain.

Mereka telah bergerak ke sana diiringi 3 orang guru.  Perlawanan persahabatan  ini adalah yang kedua selepas perlawanan empat penjuru di SK kampong Raja minggu lepas.




               "GEMILANG TERBILANG"

Rabu, 1 April 2015

SK PELAGAT, 30 Mac 2015 - Kem Bestari Solat unuk murid-murid tahun 1, 2 dan 3 telah diadakan.

Kem tersebut melibatkan 140 orang lurid dikendalikan oleh guru-guru J-Qaf, guru-guru pendidikan Islam dan guru-guru KAFA.

KBS tersebut bermula jam 1.00 tengah hari Dan tamat jam 4.00 petang.