Rabu, 17 Jun 2015

PERHIMPUNAN PAGI
18 Jun 2015 - Pesanan guru besar agar semua murid tahap 2 dapat memenuhi solat zohor berjemaah sepanjang bulan ramadhan ini.
     Selain itu masa rehat juga beliau berharap akan dimanfaatkan oleh murid-murid dengan membaca al-quran atau membuat perkara-perkara yang berfaedah.
     Selamat menyambut bulan ramadan.

Isnin, 15 Jun 2015

16 Jun 2015, Selasa - Tiga orang guru SK Pelagat menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang  bagi tahun 2014 bertempat di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
     Mereka ialah Encik Mohd Amirul Arsyi bin Zawawi@Mojd Sharin, Puan Zalina bt Ab Razak dan Puan Rabihah binti Muhammad. Puan Zalina kini telah berkhidmat di SK Pusat Jerteh bermula bulan  April yanmenjadi peran
     Tahniah dan syabas kepada mereka bertiga. Semoga anugerah tersebut akan menjadi pembakar semangat untuk terus berbakti kepada anak bangsa.

15 Jun 2015, SK Pelagat  menerima kadatangan GPK Kokurikulum baru yang dinanti-nantikan selama ini. Jawatan tersebut kosong berikutan pertukaran Puan Rugayah binti Daud ke SK Tengku Mahmud juga sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
     GPK KK yang baru Encik Wan Mohd Noor bin Wan Othman telah datang melaporkan diri pada 15,Jun 2015. Selamat datang ke Sekolah Kebangsaan Pelagat.
                 ". Gemilang Terbilang  "
14 JUN 2015 PENYAMPAIAN SIJIL DAM MEDAL
1. KORONORI PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT KEBANGSAAN 2015
Muhammad Syafi bin Mohd Sabri
2. KEJOHANAN BOLA TAMPAR
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
Anis Insyirah binti A Zamri

Korobori Pengakap Kanak-kanak Peringkat Kebamgsaan telah diadakan bermula 31 Mei - 3 Jun 2015 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Terenhganu.
     Manakala Kejohanan Bola Tampar MSSM telah berlangsung di  Negeri Sembilan minggu akhir persekolahan. Anis Insyirah adalah salah seorang pemain dari sekolah-sekolah yang terpilih mewakili pasukan negeri Terengganu.
     Tahniah dan syabas kepada wakil sekolah yang terlibat dan terpilih.

            " GEMILANG TERBILANG "

Sabtu, 13 Jun 2015

SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 2
Sesi persekolahan penggal ke-2 akan bermula esok 14 Jun  2015 setelah murid-murid bercuti selama dua minggu bermula 29 Mei 2015 berakhir hari ini.
     Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan guru. Semoga semua akan lebih bersemangat untuk meneruskan  sesi pembelajaran terutamanya calon UPSR 2015.

           "  GEMILANG TERBILANG "