Sabtu, 30 April 2016

CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI BURUH
Selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Buruh kepada semua warga  SK Pelagat serta semua pengunjung blog.

     Tarikh     : 1 Mei 2016 (Ahad)
Sekolah akan dibuka seperti biasa pada hari Isnin 2 Mei 2016

PERTANDINGAN SAHIBA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Pertandingan sahiba peringkat negeri Terengganu telah berlangsung pada hari Khamis lepas (28.4.2916) bertempat di Kuala Terengganu.
     Awwab Fakhri bin Che Hussin yang menjadi naib johan semasa pertandingan peringkat daerah yang diadakan baru-baru ini telah mewakili daerah Besut.
     Pada pertandingan itu Awwab Fakhri telah berjaya menjadi naib johan. Tahniah dan syabas.

Selasa, 12 April 2016

RAWATAN DAN PEMERIKSAAN GIGI
 Pemeriksaan dan rawata gigi kepada semua murid sedang berlangsung di SK Pelagat sepanjang sesi persekolahan setiap hari.

Program ini akan berlangsung selama sebulan  dan dikendalikan oleh unit pergigian, Klinik Pergigian Jerteh.

Sabtu, 9 April 2016

SK Pelagat, 10 April 2016- Sejarah telah tercipta sekali lagi apabila Nur Adlin Hanis binti Ruslan telah berjaya menjadi naib johan acara lontar peluru B12 Kejohanan Balapan dan Padang MSST 2016 dengan jarak lontaran  9.21 meter dan melayakkannya mewakili negeri Terengganu ke peringkat MSSM nanti.