Rabu, 24 Ogos 2016

SENTUHAN KASIH GURU BESAR
Khamis, 24 Ogos 2016 - SK Pelagat, walaupun sentiasa sibuk dengan program UPSR peringkat daerah , guru besar  En. Izlan bin Ibrahim tidak melepaskan peluang berada di sekolah  untuk bersama murid-murid tahun 6 untuk memberi kata-kata semangat dan perangsang supaya  dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
     Pesanan beliau supaya masa yang ada menjelang peperiksaan digunakan dengan sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran.






Ahad, 14 Ogos 2016

UJIAN TAMBAH NILAI/BK 12

TARIKH : 

15 OGOS 2016 (ISNIN)
8.00 PAGI - 9.15 PAGI         : BAHASA MELAYU( KEFAHAMAN)
9.30 PAGI - 10.45 PAGI       : BAHASA MELAYU ( PENULISAN)

16 OGOS 2016 (SELASA)
8.00 PAGI - 9.15 PAGI         : BAHASA INGGERIS (KERTAS 1)
9.30 PAGI - 10.45 PAGI       : BAHASA INGGERIS (KERTAS 2)

17 OGOS 2016 (RABU)
8.00 PAGI - 9.00 PAGI         : MATEMATIK (KERTAS 1)
9.30 PAGI - 10.30 PAGI       : MATEMATIK (KERTAS 2)

18 OGOS 2016 (KHAMIS)
8.00 PAGI - 9.15 PAGI        : SAINS (KERTAS 1)
9.30 PAGI - 10.30 PAGI      : SAINS (KERTAS 2)

DIHARAP IBU BAPA  DAN PENJAGA MEMASTIKAN ANAK MASING-MASING MEMBUAT ULANGKAJI

"GEMILANG TERBILANG"

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2016
SK Pelagat, 14 Ogos 2017- Pelancaran bulan kemerdekaan telah disempurnakan oleh Encik Izlan bin Ibrahim, Guru Besar SK Pelagat jam 8.00 pagi tadi.
     Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, ucapan aluan guru bertugas, ucapan perasmian, gimik pelancaran serta pengagihan Jalur Gemilang kepada semua ketua kelas.
          "Gemilang Terbilang"




Jumaat, 12 Ogos 2016

PROGRAM MOTIVASI NLP DAN KECEMERLANGAN UPSR 2016
Jumaat, 12 Ogos 2016 - Satu program motivasi dan kecemerlangan upsr telah diadakan untuk murid-murid tahun 6 bertempat di Demong Beach Resort, Tanjung Demong, Besut, Terenganu. Program dua hari satu malam tersebut telah dirasmikan  oleh YBM Senator Engku Hajah Naimah binti Engku Haji Taib, Ahli Dewan Negara.

Selasa, 9 Ogos 2016

MESYUARAT KHAS UPSR
9 Ogos 2016, Selasa -  Satu mesyuarat khas UPSR telah diadakan jam 2.00 petang tadi.
     Ianya diadakan bagi membentangkan pencapaian calon UPSR dalam peperiksaan percubaan yang diadakan baru-baru ini serta membincangkan program-program terakhir menjelang peperiksaan itu pada 5 - 8 September nanti.
          "Gemilang Terbilang"

Khamis, 4 Ogos 2016

TAMAT TEMPOH PROGRAM INTERNSHIP

 Khamis, 4 Ogos 2016 - Hari ini merupakan hari terakhir tiga orang  guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan  Besut menjalani Program Internship di Sekolah Kebangsaan Pelagat. Sebelum ini mereka telah berada di sini selama tiga bulan bagi menjalani praktikum atau latihan mengajar.

     Semoga pengalaman dan ilmu pengetahuan yang mereka perolehi sepanjang berada di SK Pelagat dapat digunakan apabila mereka ditempatkan di sekolah setelah tamat pengajian nanti.
     Selamat maju jaya kepada mereka bertiga daripada seluruh warga SK Pelagat.