Sabtu, 26 Januari 2019

Assalamualaikum.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA MURID DAN GURU.
SELAMAT DATANG
KEPADA SEMUA MURID TAHUN 1 2019

Selamat datang kepada guru-guru baru.
Selamat datang GPK Hal Ehwal Murid, Cikgu Wan Nor Ashikin binti Wan Abdul Rahman.

" GEMILANG TERBILANG "

Rabu, 29 Mac 2017

KEJOHANAN BOLA BALING MSS ZON JERTEH 2017
Kejohanan bola baling MSS Zon Jerteh akan berlangsung selama dua hari bermula pada petang tadi. SK Pelagat menghantar masing-masing satu pasukan lelaki dan perempuan.
     Perlawanan pertama pasukan lelaki, menang 4-0 ke atas pasukan tuan rumah SK Padang Luas. Pasukan perempuan juga  turut mencatat kemenangan apabila berjaya mengalahkan pasukan SK Padang Landak  dengan jaringan 4-0. Bagi perlawanan kedua pula menentang pasukan SK Tok Motong SK Pelagat cuma menang tipis 1-0
     Walau bagaimanapun syabas dan tahniah kepada pemain pasukan lelaki dan perempuan, barisan jurulatih, guru-guru pengiring serta semua penyokong  SK Pelagat.

Isnin, 20 Mac 2017

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2017
KELAS CUTI TERANCANG
TARIKH/HARIMASA6 IBNU SINA6 IBNU KHALDUN
17 MAC 20178.30 - 10.00 PGBAHASA MELAYUBAHASA INGGERIS
JUMAAT10.30 - 12.00 T/HBAHASA MELAYUBAHASA MELAYU




18 MAC 20178.30 - 10.00 PGMATEMATIKBAHASA MELAYU
SABTU10.30 - 12.00 T/HMATEMATIKBAHASA INGGERIS




24 MAC 20178.30 - 10.00 PAGIBAHASA INGGERISSAINS
JUMAAT10.30 - 12.00 T/HBAHASA INGGERISSAINS




25 MAC 20178.30 - 10.00 PGSAINSMATEMATIK
SABTU10.30 -12.00 T/HSAINSMATEMATIK

DIHARAPKAN IBU BAPA DAN PENJAGA MURID-MURID TAHUN 6
MEMASTIKAN ANAK MASING-MASING MENGHADIRI KELAS BERKENAAN
​BAGI MELESTARIKAN KECEMERLANGAN UPSR SK PELAGAT
                     KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSS MALAYSIA

                    TARIKH    :     19 - 24 MAC 2017
                    TEMPAT   :      NEGERI SEMBILAN

SK Pelagat - Dua orang murid sekolah ini iaitu Nik Nurin Batrisya binti Zuriza dan Nur Alyaa Najihah binti Azizi telah mewakili pasukan negeri Terengganu pada kejohanan Bole Tampar MSS Malaysia yang berlangsung di Negeri Sembilan bermula 19 - 22 Mac 2017. Pada kejohanan tersebut pasukan Terengganu telah mendapat tempat ke-6 daripada 14 pasukan yang bertanding. Tahniah dan syabas kepada pasukan negeri Terengganu dan dua murid kita.

Selasa, 1 November 2016


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016
TARIKH     : 2/11/2016 (RABU)
MASA        : 7.45 PAGI - 9.15 PAGI 
                    BAHASA MELAYU KERTAS 1
                    9.15 PAGI - 10.15 PAGI
                    BAHASA MELAYU KERTAS 2
                    11.15 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
                    BAHASA INGGERIS KERTAS 1 

Jumaat, 28 Oktober 2016

CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI DEEPAVALI
Makluman kepada semua murid, ibu bapa serta penjaga murid SK Pelagat. cuti berkenaan adalah sebagaimana berikut:
     Tarikh Mula   : 30/19/2016(Ahad)
     Tarikh Tamat : 01/11/2016(Selasa)
Sekolah akan dibuka seperti biasa pada hari Rabu 02/22/2016.
Semua murid akan menduduki peperiksaan akhir tahun.
     Semoga dalam makluman pihak tuan jua. Terima kasih

          " GEMILANG TERBILANG "

Sabtu, 8 Oktober 2016

HARI  SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH
8 Oktober 2016, Sabtu -  SK Pelagat turut mengadakan  Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat sekolah.
     Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir menjelang tengah hari.  Turut hadir Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Zailan bin Ismail, guru-guru, guru-guru praktikum dan murid-murid.