24/4/2014, Khamis - Hari ini merupakan hari terakhir bagi empat
orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan
Mizan, Besut menimba ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan. Di
samping itu mereka turut mencurahkan pengetahuan yang telah mereka
perolehi selama menuntut di IPG.
Tengah hari taadi satu majlis ringkas diadakan bagi manghargai
sumbangan keempat-empat guru pelatih tersebut bertempat di bilik
peperiksaan. Tuan Guru Besar dalam ucapan ringkasnya mengucapkan terima
kasih kepada mereka semua.
Dalam majlis yang sama, tuan guru besar Encik Izlan bin Ibrahim
turut menyampaikan cenderamata kepada kesemua mereka iaitu Ummul Zeti,
Nor Hansnida, Lailatuzzakia dan Mariyah. Mereka juga turut memberikan
cenderamata kepada sekolah dan dua orang guru pembimbing mereka iaitu
Puan Hazliza binti Abd Ghani dan Puan Rozi Lawati binti Daud.
Majlis diakhiri dengan jamuan ringan kepada semua warga SKP.
Khamis, 24 April 2014
Sabtu, 12 April 2014
TERIMA KASIH DAN SYABAS
12 April 2014, Sabtu - Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah telah diadakan bertempat di Dewan Terbuka SKP bermula jam 8.00 pagi - 4.00 petang. Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Guru Besar, Encik Izlan bin Ibrahim. Manakala perasmian penutup dan penyampaian sijil pula telah dilakukan oleh GPK Pentadbiran, Encik Zailan bin Ismail.
Terima kasih kepada semua guru, kakitangan sekolah dan guru praktikum yang telah menjayakan program berkenaan. Sesungguhnya SKP memang hebat.

" GEMILANG TERBILANG "
Khamis, 20 Mac 2014
KEJOHANAN BADMINTON MSS DAERAH BESUT 2014
SK Pelagat melakar sejarah lagi di persada permainan peringkat daerah Besut. Kali ini dalam permainan badminton bawah 12 tahun. SK Pelagat diwakili oleh Anis Insyirah binti A Zamri berjaya merangkul pingat emas pada peringkat akhir kategori perseorangan yang berlangsung pagi tadi de Dewan Komuniti Gong Kemuntong .

" gemilang terbilang "
Kejohanan Bola Tampar MSS Zon Jerteh telah diadakan pada 18 - 20 Mac 2014 bertempat di gelanggang bola tampar SK Pelagat. Kejohanan tersebut bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang setiap hari.
Pada hari pertama, 19/3/2014 perlawanan adalah bagi pasukan lelaki yang diadakan secara liga kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari tiga pasukan/sekolah. Manakala pada hari kedua, 19/3/2014 perlawanana yang diadakan adalah melibatkan pasukan perempuan. Johan dan naib johan kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir.
Pasukan lelaki SK Pelagat hanya mampu ke pusungan suku akhir dan tewas kepada pasukan SRJKC Chung Hwa 2 - 0 langsung mematikan cita-cita untuk ke peringkat akhir. Bagi pasukan perempuan pula, kesungguhan dan kejayaan mereka mengalahkan pasukan SK Bukit Kenak telah membolehkan mereka mara ke perlawanan akhir dan menentang pasukan SK Tanah Merah.
Walau bagaimanapun kita terpaksa akur dengan kekuatan mereka dan berjaya menjadi naib johan. Apapun tahniah kepada semua pemain dan jiga jurulatih, tidak lupa juga semua guru, kakitangan sekolah serta murid-murid yang telah turun setiap petang menyokong pasukan sekolah.
" gemilang terbilang "
Ahad, 9 Mac 2014
KEJOHANAN BADMINTON MSS ZON JERTEH 2014
10/3/2014, Isnin - Kejohanan Badminton Majlis Sekolah-sekolah Zon Jerteh telah diadakan bertempat di Dewan Sekolah Menengah Imtiaz, Besut, Kampung Padang Landak.
Pasukan SK Pelagat terdiri dari 5 pemain masing-masing 3 lelaki dan 2 perempuan, iaitu :
1. Anis Insyirah binti a Zamri
2. Umi Maisarah binti Mohd Amin
3. Muhammad Harith Hakimi bin Mohd Sukri
4. Amirul Hakimi bin Roslan
5. Muhammad Faim Tarmizai
Kesemua kategori iaitu perseorangan lelaki, perempuan, berpasangan lelaki dan perempuan telah melepasi pusingan 1 dan 2. Mereka akan meneruskan permainan pada pusingan ke-3.

Langgan:
Catatan (Atom)