SAMBUTAN HARI GURU SK PELAGAT 2013
Khamis, 16 Mei 2013 - Perayaan hari guru peringkat sekolah disambut secara sederhana tapi meriah melibatkan tiga acara utama. Semua guru kelihatan segak, tampan dan anggun dengan memakai pakaian yang bertemakan warna "oren" bagi tahun ini. Ia juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengerusi PIBG Encik Ghazali bin Che Noh dan juga penyelia dari Unit Rendah JPN Terengganu Tuan Haji Mustafa bin Mohamad.
Aturcara bermula jam 7.45 pagi di mana semua murid berkumpul di Dataran Perhimpunan SK Pelagat manakala guru-guru pula berkumpul berhampiran pos pengawal keselamatan. Semua guru kemudiannya berarak masuk ke dataran perhimpunan diringi paluan kompang dan perarakan bunga manggar oleh pengawas sekolah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz J-QaF, Fikruddin bin Mat Zin. Guru dan murid kemudiannya menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah.
Ianya diikuti dengan ucapan-ucapan. Seterusnya guru dan murid yang menyambut hari jadi pada 15 Mei dan 17 Mei diraikan di mana semua guru dan murid lain menyanyikan lagu selamat hari lahir. Kemudian upacara memotong kek dilakukan. Selepas itu tuan guru besar menyuapkan kek tersebut kepada murid berkenaan iaitu adik Adib Faidhil bin Ghazali.
Murid dan guru berehat selama lima belas minit sebelum acara sukaneka dijalankan. Hari ini murid-murid melihat aksi guru-guru mereka bersukan. Acara-acara yang dijalankan ialah boling kelapa, tarik bola menggunakan gelung rotan, isi air dalam botol menggunakan penyedut minuman dan belon kasih sayang.
Kemuncak sambutan hari guru tahun ini, sekali lagi guru-guru mempamerkan bakat terpendam masing-masing dalam persembahan di dewan terbuka. Pelbagai gelagat para guru dan murid sempat dirakam oleh pasukan blog SKP yang begitu mencuit hati. Ianya diselang-seli dengan persembahan oleh murid dan juga cabutan bertuah.
Tahniah kepada semua. Terima kasih di atas kerjasama semua.
SELAMAT HARI GURU. GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI 1
AGENDA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan