Rabu, 29 Mac 2017

KEJOHANAN BOLA BALING MSS ZON JERTEH 2017
Kejohanan bola baling MSS Zon Jerteh akan berlangsung selama dua hari bermula pada petang tadi. SK Pelagat menghantar masing-masing satu pasukan lelaki dan perempuan.
     Perlawanan pertama pasukan lelaki, menang 4-0 ke atas pasukan tuan rumah SK Padang Luas. Pasukan perempuan juga  turut mencatat kemenangan apabila berjaya mengalahkan pasukan SK Padang Landak  dengan jaringan 4-0. Bagi perlawanan kedua pula menentang pasukan SK Tok Motong SK Pelagat cuma menang tipis 1-0
     Walau bagaimanapun syabas dan tahniah kepada pemain pasukan lelaki dan perempuan, barisan jurulatih, guru-guru pengiring serta semua penyokong  SK Pelagat.

Isnin, 20 Mac 2017

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2017
KELAS CUTI TERANCANG
TARIKH/HARIMASA6 IBNU SINA6 IBNU KHALDUN
17 MAC 20178.30 - 10.00 PGBAHASA MELAYUBAHASA INGGERIS
JUMAAT10.30 - 12.00 T/HBAHASA MELAYUBAHASA MELAYU




18 MAC 20178.30 - 10.00 PGMATEMATIKBAHASA MELAYU
SABTU10.30 - 12.00 T/HMATEMATIKBAHASA INGGERIS




24 MAC 20178.30 - 10.00 PAGIBAHASA INGGERISSAINS
JUMAAT10.30 - 12.00 T/HBAHASA INGGERISSAINS




25 MAC 20178.30 - 10.00 PGSAINSMATEMATIK
SABTU10.30 -12.00 T/HSAINSMATEMATIK

DIHARAPKAN IBU BAPA DAN PENJAGA MURID-MURID TAHUN 6
MEMASTIKAN ANAK MASING-MASING MENGHADIRI KELAS BERKENAAN
​BAGI MELESTARIKAN KECEMERLANGAN UPSR SK PELAGAT
                     KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSS MALAYSIA

                    TARIKH    :     19 - 24 MAC 2017
                    TEMPAT   :      NEGERI SEMBILAN

SK Pelagat - Dua orang murid sekolah ini iaitu Nik Nurin Batrisya binti Zuriza dan Nur Alyaa Najihah binti Azizi telah mewakili pasukan negeri Terengganu pada kejohanan Bole Tampar MSS Malaysia yang berlangsung di Negeri Sembilan bermula 19 - 22 Mac 2017. Pada kejohanan tersebut pasukan Terengganu telah mendapat tempat ke-6 daripada 14 pasukan yang bertanding. Tahniah dan syabas kepada pasukan negeri Terengganu dan dua murid kita.