KURIKULUM



SOLAT HAJAT, SOLAT DHUHA DAN BACAAN YASIN UNTUK CALON UPSR
TARIKH : 5/9/2014 (JUMAAT)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : SURAU SK PELAGAT

SEMUA WARGA SK PELAGAT, IBU BAPA MURID TAHUN 6
JANGAN LUPA PROGRAM KITA ESOK
BAGI MENJAYAKANNYA
DALAM USAHA MEREALISASIKAN 
HARAPAN, IMPIAN DAN CITA-CITA
ANAK-ANAK KITA
UNTUK MENDAPATKAN
5A
DALAM UPSR NANTI
_______________________________________
3/1/2014, Jumaat - Program Temu Murni Pentadbir sekolah Bersama Ibubapa/Penjaga Murid Prasekolah dan tahun 1 kali pertama 2014 berjalan dengan lancar. Program tersebut telah diadakan di Dewan Terbuka SK Pelagat bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.10 pagi.

Kehadiran ibubapa/penjaga murid-murid terlibat amat menggalakkan dan mencapai KPI yang ditetapkan oleh tuan guru besar. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustza Khairul Azmi bin Mohamad, diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar Encik Izlan bin Ibrahim. Pegawai Perhubungan Sekolah dari PPD Besut, Yang Mulia Tengku Abdullah bin Tengku Abd Rahman yang turut hadir juga  memberikan ucapan sempena perjumpaan kali ini.

Seterusnya Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Roshidah binti Sedek pula memberikan penerangan berkaitan program di bawah pengurusannya. Manakala Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Rugayah binti Daud memaklumkan perkembangan berkaitan dengan kokurikulum serta penambahan aktiviti baru iaitu memanah dan softball.

Puan Zaimah binti A. Rahman selaku guru tahun 1 2014 bersama Puan Aini binti Tawang turut memberikan penjelasan berkaitan keperluan murid tahun 1 dan juga peranan yang patutu dimainkan oleh ibubapa murid tahun 1.

Puan kartini binti Kamaruddin yang menjadi pengacara majlis selaku guru prasekolah turut memberikan penerangan ringkas berkaitan kelas prasekolah 2014.

Terima kasih kepada semua ibubapa yang telah meluangkan masa untuk hadir menjayakan program pertama sekolah bagi sesi 2014 ini. Terima kasih juga kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang turut hadir dan membantu melicinkan perjalanan program dari segi persiapan tempat, siaraya, penyediaan makanan dan sebagainya.


" GEMILANG TERBILANG "


HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2014

1 Januari 2014, SK Pelagat - Hari pertama sesi persekolahan 2014 berjalan lancar walaupun hari hujan. Kebanyakan murid dapat datang awal sama ada sendiri, bersama kawan-kawan ataupun dihantar oleh ibubapa masing-masing.

Sesi hari ini dimulakan dengan perhimpunan harian biasa di dewan terbuka dengan pesanan oleh guru bertugas, Puan Mahani binti Ab. Hamid dan juiga ucapan tuan guru besar, Encik Izlan bin Ibrahim.

Murid-murid kemudiannya beredar ke kelad masing-masing diiringi pengawas bertugas. Manakala sesi pengajaran dan pembelajaran juga telah bermula seawal pagi mengikut jadual yang telah diedarkan kepada semua murid pada hari pendaftaran yang diadakan pada 29/12/2013 yang lalu.

Murid-murid tahun satu dan prasekolah juga menunjukkan sikap yang positif semasa berada di dalam kelas masing-masing.


" GEMILANG TERBILANG "



SELAMAT KEMBALI KE SK PELAGAT
Seramai 6 orang guru pelatih dari IPGM Kampus Sultan Mizan, Besut
telah kembali semula ke SK Pelagat bagi menjalani program
Internshi selama sebulan bermula 24 Jun 2012.

Mereka akan menguruskan tiga projek/prpgram denghan bimbingan guru-guru
pembimbing masing-masing serta guru-guru lain selama tempoh masa tersebut.
Adalah diharapkan program yang bakal dibuat nanti akan memberikan
manfaat kepada semua murid dan berjalan dengan lancar.

SELAMAT MAJU JAYA

PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN OTI 2 DALAM SAPS






ASSALAMUALAIKUM.
MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBUBAPA DAN PENJAGA MURID SK PELAGAT.
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN AKAN DIADAKAN BAGI MENILAI
PENCAPAIAN MURID.

TARIKH PEPERIKSAAN ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT:
17/5/2012 - KHAMIS
20/5/2012 - AHAD
21/5/1012 - ISNIN
22/5/2012 - SELASA

JADUAL YANG LEBIH TERPERINCI AKAN DIMUATNAIK DALAM
JANGKA MASA TERDEKAT.

SEMOGA ANAK-ANAK TUAN/PUAN AKAN BERSEDIA DAN
MEMBUAT ULANGKAJI SEBAGAI PERSIAPAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN TERSEBUT.

TARIKH     :     26/3/2012 (ISNIN)
TEMPAT    :     SK SEBERANG JERTEH
MASA        :     8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

PENCAPAIAN PESERTA SK PELAGAT

JOHAN HAFAZAN ( P )             - NUR MUNIRAHBT MAT ROPI
JOHAN BERCERITA ( L )          - AHMAD KHALID BIN HABIN
NAIB JOHAN BERCERITA ( P ) - NURUL NADHIRAH BT GHAZALI
KETIGA HAFAZAN ( L )            -  MUHAMMAD FAHMI BIN RAMELAN

Syabas dan tahniah kepada peserta SK Pelagat. Terima kasih kepada guru-guru yang
telah  bertungkus lumus membimbing semua wakil sekolah.

Teruskan tradisi " GEMILANG TERBILANG "