Sabtu, 18 Julai 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARIPADA
SELURUH WARGA
SK PELAGAT
video

Sabtu, 11 Julai 2015

PELANCARAN MINGGU DISIPLIN 2015
SK PELAGAT, 12 Julai 2015 - Berlangsung pelancaran Minggu Sihat Doktor Muda Peringkat Sekolah 2015. Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Izlan bin Ibrahim (Guru Besar ).
Program diisi dengan ucapan guru doktor muda, Puan Zaimah binti Ab Rahman, ceramah kesihatan tentang demam denggi serta kuiz.
     Kemudian diikuti penyampaian sijil kepada ahli kelab doktor muda serta ucapan dan perasmian oleh guru besar.
     Akhir sekali gimik pelancaran Kelab Doktor Muda di mana tuan guru besar memotong reben banting

         

Rabu, 8 Julai 2015

SIARAN TERKINI

UNTUK PERHATIAN DAN TINDAKAN SEMUA IBU BAPA

Khamis, 2 Julai 2015

DIALOG PRESTASI KALI PIHAK SEKOLAH-IBU BAPA
SK PELAGAT, 2 Julai 2015 -  Pihak sekolah telah mengadakan Program Dialog Prestasi kali kedua selepas penganjurannya kali pertama pada minggu lepas.
     Dialog Prestasi pada hari ini melibatkan ibu bapa murid-murid tahun 1-5. Kehadiran ibu bapa amat memberangsangkan di mana kira-kira 150 orang ibu bapa telah mendaftar bermula jam 10.30 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Kaum ibu telah mendominasi dialog prestasi pada hari ini di mana mereka telah memenuhi hampir tiga per empat tempat duduk yang disediakan. Turut hadir Pengerusi PIBG Encik Mohd Fadhil bin Mohamad dan beberapa orang ahli jawatankuasa PIBG.
     Jam 11.00 pagi program bermula dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar SK Pelagat, Encik Izlan bin Ibrahim. Kemudian Pengerusi PIBG pula mengambil tempat untuk memberikan ucapan. Jam 11.30 pagi ibu bapa mula beredar ke kelas anak masing-masing bagi mendapatkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak-anak mereka.
     Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program pada hari ini.
                 "  GEMILANG TERBILANG "