Khamis, 2 Julai 2015

DIALOG PRESTASI KALI PIHAK SEKOLAH-IBU BAPA
SK PELAGAT, 2 Julai 2015 -  Pihak sekolah telah mengadakan Program Dialog Prestasi kali kedua selepas penganjurannya kali pertama pada minggu lepas.
     Dialog Prestasi pada hari ini melibatkan ibu bapa murid-murid tahun 1-5. Kehadiran ibu bapa amat memberangsangkan di mana kira-kira 150 orang ibu bapa telah mendaftar bermula jam 10.30 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Kaum ibu telah mendominasi dialog prestasi pada hari ini di mana mereka telah memenuhi hampir tiga per empat tempat duduk yang disediakan. Turut hadir Pengerusi PIBG Encik Mohd Fadhil bin Mohamad dan beberapa orang ahli jawatankuasa PIBG.
     Jam 11.00 pagi program bermula dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar SK Pelagat, Encik Izlan bin Ibrahim. Kemudian Pengerusi PIBG pula mengambil tempat untuk memberikan ucapan. Jam 11.30 pagi ibu bapa mula beredar ke kelas anak masing-masing bagi mendapatkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak-anak mereka.
     Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program pada hari ini.
                 "  GEMILANG TERBILANG "
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan