KEJOHANAN BOLA BALING MSS ZON JERTEH 2017
Kejohanan bola baling MSS Zon Jerteh akan berlangsung selama dua hari bermula pada petang tadi. SK Pelagat menghantar masing-masing satu pasukan lelaki dan perempuan.
Perlawanan pertama pasukan lelaki, menang 4-0 ke atas pasukan tuan rumah SK Padang Luas. Pasukan perempuan juga turut mencatat kemenangan apabila berjaya mengalahkan pasukan SK Padang Landak dengan jaringan 4-0. Bagi perlawanan kedua pula menentang pasukan SK Tok Motong SK Pelagat cuma menang tipis 1-0
Walau bagaimanapun syabas dan tahniah kepada pemain pasukan lelaki dan perempuan, barisan jurulatih, guru-guru pengiring serta semua penyokong SK Pelagat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
SK Pelagat, 27 Mac 2017 - Satu perlawanan persahabatan bola tampar telah diadakan di antara pasukan SK Pelagat dengan SK Tok Motong bertempat di padang SK Pelagat melibatkan pesukan lelaki dan perempuan kedua-dua sekolah. Perlawanan ini diadakan bertujuan mendedahkan para pemain kepada situasi perlawanan sebenar yang akan berlangsung pada 28 Mac 2017 di SK Padang Luas.
Selain itu beberapa orang murid juga turut menjalankan latihan memanah bersama-sama pasukan memanah SMK Pelagat bertempat di Lapang Sasar SMK Pelagat di bawah bimbingan Encik Nor Azlan bin Darus selaku jurulatih memanah.
----------------------------------------------------------------
AKTIVITI 2014
KEJOHANAN BALAPAN, PADANG DAN SUKANEKA SK PELAGAT 2014
25/6/2014
- Rabu, Kejohanan Balapan, Padang dan Sukaneka tersebut telah
berlangsung dengan jayanya bermula 24/6/2014 dan berakhir petang
25/6/2014 dalam suasana meriah.
Pengerusi
PIBG SK Pelagat telah sudi meluangkan masa untuk hadir memberikan
ucapan dan seterusnya mersamikan kejihanan tersebut yang disertai hampir
kesemua murid.
Acara-acara
yang menarik perhatian pada hari kedua (Rabu) ialah 4 x2 00 meter
akhir lelaki dan perempuan, acara jemputan tahun lima melibatkan pasukan
tuan rumah, pasukan SK Seberang Jerteh, SK Pusat Jerteh dan SK Lubuk
Kawah.
Manakala
acara tarik tali akhir di antara rumah-rumah sukan, acara terompah
gergasi dan isi air dalam botol bagi ibubapa dan pegawai turut menarik
perhatian penonton.
Turut
hadir memeriahkan kejohana tersebut ialah barisan AJK PIBG SK Pelagat
2014 dan juga para ibubapa yang berada di kawasan sekitar sekolah.
Dalam
ucapan penutupnya tuan guru besar Encik Izlan bin Ibrahim mengucapkan
terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan
temasya tersebut sehingga berlangsung dengan jayanya.
" MAJULAH SUKAN UNTUK SK PELAGAT "
KEJOHANAN BADMINTON MSS ZON JERTEH 2014
10/3/2014, Isnin - Kejohanan Badminton Majlis Sekolah-sekolah Zon Jerteh telah diadakan bertempat di Dewan Sekolah Menengah Imtiaz, Besut, Kampung Padang Landak.
Pasukan SK Pelagat terdiri dari 5 pemain masing-masing 3 lelaki dan 2 perempuan, iaitu :
1. Anis Insyirah binti a Zamri
2. Umi Maisarah binti Mohd Amin
3. Muhammad Harith Hakimi bin Mohd Sukri
4. Amirul Hakimi bin Roslan
5. Muhammad Faim Tarmizai
Kesemua kategori iaitu perseorangan lelaki, perempuan, berpasangan lelaki dan perempuan telah melepasi pusingan 1 dan 2. Mereka akan meneruskan permainan pada pusingan ke-3.
" GEMILANG TERBILANG "
KEJOHANAN MEMANAH SEKOLAH RENDAH DAERAH BESUT 2014
11/2/2014, SK PELAGAT - Kejohanan memanah bagi sekolah rendah peringkat daerah Besut telah diadakan bertempat di padang SMK/SK Pelagat. Sebanyak empat buah sekolah mengambil bahagian melibatkan 32 orang peserta masing-masing 16 peserta lelaki dan perempuan..
Kejohanan tersebut berlangsung kira-kira jam 2.30 petang tadi. SK Pelagat tidak ketinggalan menghantar 8 orang peserta ke kejohanan tersebut yang terdiri daripada murid-murid tahun 6.
Selamat berjuang kepada semua peserta SK Pelagat. Semoga kejayaan mengiringi
kalian semua.
![]() |
Tambah kapsyen |
![]() |
Tambah kapsyen |
![]() |
Tambah kapsyen |
" GEMILANG TERBILANG "
MESYUARAT AGUNG DAN PEMILIHAN AJK RUMAH SUKAN 2014
20/1/2014 - Mesyuarat agung dan pemilihan keempat-empat rumah sukan telah diadakan pada jam 12.15 - 1.15 tengah hari tadi. Semua murid tahun 1 - 6 terlibat dalam mesyuarat tersebut bagi memilih ahli jawatankuasa yang bakal merancakkan lagi program-program kokurikulum sepanjang sesi persekolahan 2014
Mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar dan mempamerkan persaingan sengit dalam pemilihan jawatan tertinggi kesemua rumah sukan iaitu Kenari, Kembara, Kelisa dan Kancil. Peluang tersebut dijadikan tempat untuk murid mendapat pendedahan bagaimana proses pemilihan ahli jawatankuasa dijalankan.
" GEMILANG TERBILANG "
5/1/2014, AHAD - Pemilihan pemain bagi pasukan bola jaring sekolah telah diadakan pada jam 4.00 petang di padang sekolah. Proses pemilihan berakhir kira-kira dua jam kemudian. Murid-murid juga turut menunaikan solah asar berjamaah di surau sekolah Guru-guru pebimbing dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Puan Rugayah binti Daud turut hadir menurunkan ilmu yang dimiliki oleh beliau. Terima kasih kepada semua murid dan guru.
" GEMILANG TERBILANG "
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
19/6/2012, Selasa - Pertandingan kawad kaki antara unit-unit berunifom telah diadakan bertempat di Dataran Perhimpunan SK Pelagat.Sebanyak empat unit berunifom yang terlibat, iaitu PBSM, Pengakap, Puteri Islam dan Tunas Puteri. Setiap unit berkenaan menghantar du pasukan.
Pertandingan tersebut berjalan dengan lancar disaksikan semua guru dan murid. Setiap kumpulan menunjukkan kehebatan masing-masing.Pertandingan berakhir kira-kira jam 2.50 petang. Hadiah kepada semua kumpulan telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Hajjah Hasmaniah binti Hussien.
Syabas dan tahniah kepada pasukan yang menjadi johan
PROGRAM KOAKADEMIK BAHASA MELAYU ZON JERTEH 2012
TARIKH : 27/3/2012
MASA 8.00 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : SK PELAGAT
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM BESUT KALI KE-43
19 - 22 MAC 2012
SMK NASIRUDDIN SHAH
22 Mac 2012
Hari terakhir Kejohanan Olahraga MSSM Besut, SK Pelagat kekal dengan dua pingat masing-masing satu pingat perak dan gangsa.
Walau apapun sekalung tahniah kepada semua atlet SK Pelagat dan juga guru-guru pembimbing yang telah bertungkus-lumus melatih dan membawa pasukan sekolah.
SK Pelagat berada pada kesusukan ke-12 daripada keseluruhan pasukan sekolah rendah yang bertanding dengan 5 mata berdasarkan 2 pingat yang diperolehi.
19/03/2012
SK PELAGAT telah memungut pingat perak pertama untuk hari pertama kejohanan.
Pingat tersebut diperolehi melalui acara lompat tinggi P12 dan disumbangkan oleh Tuan Jasmi binti Tuan Hassan .Sekalung tahniah kepada wakil sekolah.
20/03/2012
SK Pelagat menambah satu lagi pingat melalui acara lontar peluru P12. Pingat gangsa pertama dan pungutan pingat kedua itu disumbangkan oleh Nor shahidah binti Zukarbi. Tahniah.
MTQ ZON JERTEH 2012
TARIKH : 26/3/2012 (ISNIN)
TEMPAT : SK SEBERANG JERTEH
MASA : 8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
PENCAPAIAN PESERTA SK PELAGAT
JOHAN HAFAZAN ( P ) - NUR MUNIRAHBT MAT ROPI
JOHAN BERCERITA ( L ) - AHMAD KHALID BIN HABIN
NAIB JOHAN BERCERITA ( P ) - NURUL NADHIRAH BT GHAZALI
KETIGA HAFAZAN ( L ) - MUHAMMAD FAHMI BIN RAMELAN
Syabas dan tahniah kepada peserta SK Pelagat. Terima kasih kepada guru-guru yang
telah bertungkus lumus membimbing semua wakil sekolah.
Teruskan tradisi " GEMILANG TERBILANG "