Khamis, 20 Disember 2012

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH KAWALAN DI BAWAH JABATAN PELAJARAN NEGERI AMBILAN JANUARI 2013


Sukacita dimaklumkan bahawa semakan tawaran ke Tingkatan 1 (SATU) ke Sekolah Kawalan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (Sekolah Kawalan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA)) Ambilan Januari 2013 bagi murid-murid Tahun 6 Sesi 2012 (kecuali permohonan dari negeri Perak) boleh dibuat melalui sistem online Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bermula pada 17 Disember 2012 selepas jam 2.30 petang hingga 31 Disember 2012. Sila layari Laman Web http://parents.sekolahmalaysia.com untuk membuat semakan. Semakan melalui sms juga disediakan dengan menaip MOEKWLAngka Giliran UPSR  (contoh: MOE  SKWL AG9999999) kemudian SMS ke 15888 mulai 17 Disember 2012 selepas jam 2.30 petang hingga 24 Disember 2012.

Untuk semakan tawaran ke Tingkatan 1 (SATU) ke Sekolah Kawalan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri untuk Kelas Kawalan, Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) Ambilan Januari 2013, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2013

12th December 2012
SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa semakan tawaran ke Tingkatan 1 (SATU) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2013 bagi murid-murid Tahun 6 Sesi 2012 boleh dibuat melalui sistem online eSSeM bermula pada 11 Disember 2012 hingga 31 Disember 2012. Sila layari Laman Web KPM, www.moe.gov.my untuk membuat semakan.

sumber : portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Isnin, 17 Disember 2012

PERSIAPAN PERSEKOLAHAN SESI 2013

1. 23/12/2012 (AHAD)
     - PENDAFTARAN  MURID TAHUN 1
     - PENDAFTARAN MURID PRASEKOLAH
        MASA : 8.30 PAGI

2. 26/12/2012 (RABU)
     - MESYUARAT GURU DAN STAF
        MASA : 8.30 PAGI

3. 30/12/2012 (AHAD)
      - PENDAFTARAN MURID TAHUN 2 - TAHUN 6
         MASA : 8.30 PAGI

Jumaat, 7 Disember 2012

SALAM TAKZIAH

AL-FATIHAH
TAKZIAH
KEPADA CIKGU ZALINA BT ABD RAZAK
DAN
KELUARGA
DI ATAS PEMERGIAN BAPA TERSAYANG
KE ALAM BAQA'
PADA 6/12/2012 JAM 12.30 PAGI.
SEMOGA ROH ARWAH DICUCURI RAHMAT DAN DI TEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN.
AMIN

Isnin, 19 November 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

SK PELAGAT, 19/11/2012 - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 telahpun diumumkan dan diketahui oleh semua murid pagi ini.SK Pelagat mencatatkan 12 orang murid yang memperolehi keputusan penuh 5A.

Tahniah kepada calon UPSR SK Pelagat yang berjaya mendapat 5A. Semoga kejayaan ini akan terus mendorong ke arah kejayaan yang akan datang serta membakar semangat murid-muridtahun 5,calon UPSR 2012 untuk turut mencipta kejayaan cemerlang juga.

" GEMILANG TERBILANG "

Selasa, 6 November 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012 

KENYATAAN AKHBAR KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012

 Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.

 Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia 6 November 2012

Ahad, 4 November 2012

JAMUAN BADAN PENGAWAS DAN MURID TAHUN 6

4/11/2012, Ahad - Jamuan akhir tahun Badan Pengawas Sekolah dan murid tahun 6 telah diadakan bertempat di kantin sekolah. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua guru, kakitangan sekolah, pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas SPBT dan semua murid tahun 6.

 Tujuan majlis tersebut diadakan bukan sekadar untuk makan dan minum. Selain dari itu turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada semua pengawas dan juga cenderahati kepada semua murid tahun 6.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh wakil murid iaitu Muhammad fahmi bin Ramelan yang juga merupakan Ketua Pengawas sekolah. Ianya diikuti dengan ucapan oleh Guru Penolong Kanan HEM, Puan Roshidah binti Sedek.

Akhir sekali murid-murid mendengar pesanan dan amanat daripada tuan guru besar, Encik Izlan bin Ibrahim. Acara  penyampaian cenderahati kepaada murid tahun 6 dilakukan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran Encik Zailan bin Ismail manakala penyampaian sijil kepada pengawas telah disempurnakan oleh tuan guru besar sendiri.

 Semua guru dan murid telah dihidangkan dengan nasi minyak dan juga kuih-muih. Majlis yang bermula jam 11.00 pagi selesai kira-kira jam 12.40 tengah hari.

 " GEMILANG TERBILANG "

Khamis, 1 November 2012

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKP 2012

1/11/2012, KHAMIS – SK Pelagat telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2012 bermula jam 9.30 pagi dan selesai kira-kira jam 11.40 pagi. Majlis tersebut adalah bagi member penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Hadiah Kecemerlangan telah diberikan kepada semua murid daripada tahun 1 hingga tahun 6. Tidak ketinggalan juga murid-murid dari kelas prasekolah turut menerima sijil, gambar graduasi dan cenderahati.

 Perasmian telah dilakukan oleh Tuan Haji Adnand bin Hussin, Pengerusi PIBG SK Pelagat. Beliau juga sudi menyampaikan hadiah kepada murud-murid yang Berjaya. Turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut ialah barisan AJK PIBG dan juga para ibubapa. Pelgabai kategori hadiah telah diberikan antaranya kedudukan terbaik dalam kelas, subjek terbaik, kehadiran penuh, anugerah bagi kelas KAFA serta anugerah tokoh akademik lelaki dan perempuan, tokoh kokurikulum lelaki dan perempuan serta tokoh harapan lelaki dan perempuan.

Muhammad Faris Aiman bin Jusoh dan Aresya Nur Arrisya telah terpilih sebagai tokoh akademik terbaik. Manakala Muhammad Fahmi bin Ramelah dan Tuan Jasmin Nabila binti Tuan Hassan pula terpilih untuk menerima anugerah tokoh kokurikulum. Syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah menerima hadiah dan anugerah masing-masing. Semoga kejayaan dan kecemerlangan tersebut dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada semua warga kerga Hari Anugerah Kecemerlangan SKP 2012.
 “ GEMILANG TERBILANG “

Rabu, 24 Oktober 2012

KARNIVAL KOKURIKULUM PASCA UPSR DAERAH BESUT 2012

23/10/2012. SELASA - Murid-murid tahun 6 telah menyertai Karnival Kokurikulum Pasca UPSR Peringkat Daerah Besut 2012. Karnival tersebut telah diadakan di SK Permaisuri Nur Zahirah menyediakan pelbagai program bagi memberi peluang kepada murid-murid menunjukkan bakat dan kreativiti mereka melakukan pelbagai perkara yang telah dipertandingkan.

Wakil dari SK Pelagat telah mendapat naib johan masing-masing dalam pertandingan menulis khat dan juga poem. Tahniah kepada peserta yang telah berjaya menaikkan nama sekolah.

" GEMILANG TERBILANG "

JAMUAN AKHIR TAHUN WARGA SK PELAGAT 2012


22/10/2012, ISNIN - Jamuan akhir tahun warga SK Pelagat telah diadakan bertempat di Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh. Majlis yang diadakan jam 2.00o petang itu dihadiri  hampir semua guru dan semua kakitangan sekolah. Turut hadir YDP PIBG, Tuan Haji Adnand bin Hussin dan isteri, Timbalan YDP PIBG, Encik Ghazali bin  Che Noh dan isteri,  dan juga beberapa orang AJK PIBG yang dapat meluangkan masa ke majlis tersebut.

Semua tetamu dan warga SKP menjamu selera terlebih dahulu kira-kira jam 2.30 petang. Kemudian majlis dteruskan dengan ucapan wakil guru dan kakitangan sekolah, YDP PIBG dan diikuti dengan ucapan tuan guru besar Encik Izlan bin Ibrahim.

Selesai ucapan penyampaian hadiah hari ulang tahun kelahiran pula diadakan bagi seluruh warga sekolah dan tetamu jemputan  yang lahir bermula bulan Julai - Disember. Tuan Haji Adnand bin Hussin juga tidak ketinggalan menerima hadiah me,mandangkan bulan kelahiran beliau ialah pada bulan  Oktober.

 Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan makan tengah hari akhir tahun SK Pelagat 2012.








KHATAM AL-QURAN MURID KAFA

20/10/2012, SABTU - Program Khatam Al-Quran  Murid-murid KAFA (Kelas Agama dan Fardhu Ain) yang belajar pada sebelah petang  telah diadakan  di Masjid Nasiruddin, Kampong Raja.
Program yang bermula jam 7.00 pagi tersebut melibatkan kira-kira 3100 orang murid..  Seramai  40 orang murid kelas petang SK Pelagat tyang telah tamat membaca al-quran  telah menyertai  program tersebut..
Majlis tamat kira-kira jam 10.00 pagi

Khamis, 11 Oktober 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SKP 2012

SK PELAGAT,Khamis - Seramai 30 orang murid tahun 6 telah menyertai majlis khatam al-quran yang diadaklan oleh pihak sekolah bagi sesi persekolahan 2012. Majlis ini adalah bagi memberi pengikhtirafan kepada murid-murid yang telah tamat membaca al-quran. Jadi selepas ini mereka boleh terus membaca dan menghayati serta mengkaji isi kandungan nya. Program ini bermula jam 11.15 pagi dan berakhir kira-kira jam 1.00 tengah hari. Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tuan Haji Safe'in bin Dollah, Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Besut. Sebelum majlis khatam bermula, hadirin dan murid-murid diperdengarkan hafazan ayat-ayat suci al-quran oleh adik Nur Munirah binti Mat Ropi. Nur Munirah merupakan naib johan hafazan kategori sekolah rendah peringkat daerah besut yang diadakan baru-baru ini. Program tersebut telah dikendalikan oleh juru khatam dari sekolah iaitu Ustaz Ahmad Miqdad bin Shamsuddin dan juga Ustaz Mohd Fikhruddin bin Mat Zin. Selepas perasmian, murid-murid tahun 5 telah mempersembahkan dua buah lagu nasyid. Program diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada para peserta, juru khatam dan juga tetamu jemputan. Tahniah kepada semua peserta khatam al-quran 2012. " GEMILANG TERBILANG "














Rabu, 3 Oktober 2012

KEJOHANAN BALAPAN, PADANG & SUKANEKA SK PELAGAT KALI KE-3 2012

SK PELAGAT, 2 Oktober 2012 - Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-3 2012 telah diadakan bertempat di padang sekolah melibatkan semua murid dari prasekolah sehingga murid tahun 6. Kejohanan tersebut berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Oktober 2012 menyediakan pelbagai acaraterutama sukaneka dan acara untuk ibubapa dan pegawai. Pada hari pertama, acara yang dilangsungkan ialah saringan 100m, 200m lontar peluru, lompat jauh ,lompat tinggi dan sukaneka tahap 1 serta prasekolah. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh oleh tuan guru besar.Manakala padasebelah petang pula diadakan sukaneka tahap dua serta tarik tali. Hari kedua suasana menjadi lebih meriah kerana adanya perbarisan danjuga perasmian serta perarakan kontijen di samping pertandingan rumah sukan tercantik. Majlis menjadi lebih meriah dengan kehadiran jawatankuasa PIBG dan juga para ibubapa. Pengerusi PIBG, Tuan Haji Adnand bin Husin hadir sama dan telah merasmikan kejohanan tersebut dengan melapaskan belon serta gimik perasmian. Tuan Haji Adnand juga turut sudi menyampaikan hadiah kepada pera pemenang serta mengadili acara tarik tali antara rumah. Majlis bertambah meriah dengan acara lambung dan sambut telur serta belon berair. Jam 6.30 kesemua acara selesai di mana penyampaian hadiah bagi olahragawan dan olahragawati bagi murid tahun 4, 5 dan 6 disempurnakan oleh tuan guru besar.Ianya diikuti dengan pengumuman khas CUTI SEKOLAH PADA HARI KHAMIS 4/10/2012.
" GEMILANG TERBILANG "

Ahad, 9 September 2012

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2012

SELURUH WARGA SK PELAGAT 2012
MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
KEPADA CALON-CALON UPSR 2012.

KAMI SEMUA MENDOAKAN AGAR SEMUA CALON
MENDAPAT KEJAYAAN CEMERLANG.
INSYAALLAH 5A DALAM GENGGAMAN.

" GEMILANG TERBILANG "

Sabtu, 8 September 2012

SAMBUTAN MERDEKARAYA DAERAH BESUT 2012

ASSALAMUALAIKUM
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA KONTIJEN SK PELAGAT
YANG MENYERTAI PERARAKAN TERSEBUT HARI INI
PERARAKAN YANG BERMULA DI SK PENGKALAN NYIREH ITU
BERMULA JAM 8 PAGI MENUJU KE PANTAI PERANGINAN
AIR TAWAR BERAKHIR MENJELANG HAMPIR TENGAH HARI
BERLANGSUNG DALAM SUASANA YANG CUKUP MERIAH.

ITULAH NIKMAT KEMERDEKAAN.

" JANJI DITEPATI "

Rabu, 25 Julai 2012

WARGA SKP 2012

FOTO INI DIRAKAMKAN SEMASA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH ( 16 MEI 2012 )

Sabtu, 21 Julai 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA KEPADA SEMUA WARGA SKP DAN SEMUA PENGUNJUNG BLOG
SK PELAGAT. SEMOGA IBADAT PUADA DITERIMA ALLAH S.W.T DAN MENDAPAT GANJARAN ISTIMEWA.

Khamis, 19 Julai 2012

PESTA MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN SK PELAGAT 2012

SK PELAGAT, 19/7/2012 - Sebelum semua umat islam menyambut kedatangan ramadhan al-mubarak satu pesta makan buah-buahan tempatan telah diadakan tengah hari tadi.Program tersebut dadakan di dewan terbuka sekolah.

Murid-murid serta guru-guru yang mempunyai pokok buah-buahan tersebut digalakkan
untuk membawanya ke sekolah. Walau bagaimanapun murid dan yang tidak mempunyai pokok atau kebun turut sama membawa buah-buahan tempatan untuk memeriahkan lagi pesta
tersebut

Program yang diadakan pada jam 12.45 tengah hari itu berakhir kira-kira jam 2.00 petang. Selepas itu gotomg-royog membersihkan tapak pesta sebelum semua warga SKP pulang ke rumah masing-masing.

Berikut antara beberapa gelagat murid dan guru yang sempat dirakamkan .



















PENUTUP MINGGU EKSPLORASI SAINS IBNU SINA JUNIOR 2012

SK PELAGAT- 18/7/2012, Minggu Eksplorasi Sains Ibnu Sina Junior 2012 yang berlangsung
selama tiga hari melabuhkan tirainya hari ini. Majlis penutup minggu tersebut telah
disempurnakan oleh tuan guru besar Encik Izlan bin Ibrahim pada jam 8.00 pagi tadi
selepas memberikan ucapan ringkas dan penghargaan kepada semua warga sekolah di atas
kerjasama yang diberikan.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz juga turut diadakan. Hadiah kepada
para pemenang telah disampaikan oleh Cikgu Rosiah binti Zakaia selaku Pengerusi Panitia Sains, Cikgu Zailan bin Ismail(GPK 1) dan tuan guru besar sendiri Cikgu
Izlan bin Ibrahim.

Tahniah kepada semua pemenang kuiz.