Khamis, 11 Oktober 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SKP 2012

SK PELAGAT,Khamis - Seramai 30 orang murid tahun 6 telah menyertai majlis khatam al-quran yang diadaklan oleh pihak sekolah bagi sesi persekolahan 2012. Majlis ini adalah bagi memberi pengikhtirafan kepada murid-murid yang telah tamat membaca al-quran. Jadi selepas ini mereka boleh terus membaca dan menghayati serta mengkaji isi kandungan nya. Program ini bermula jam 11.15 pagi dan berakhir kira-kira jam 1.00 tengah hari. Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tuan Haji Safe'in bin Dollah, Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Besut. Sebelum majlis khatam bermula, hadirin dan murid-murid diperdengarkan hafazan ayat-ayat suci al-quran oleh adik Nur Munirah binti Mat Ropi. Nur Munirah merupakan naib johan hafazan kategori sekolah rendah peringkat daerah besut yang diadakan baru-baru ini. Program tersebut telah dikendalikan oleh juru khatam dari sekolah iaitu Ustaz Ahmad Miqdad bin Shamsuddin dan juga Ustaz Mohd Fikhruddin bin Mat Zin. Selepas perasmian, murid-murid tahun 5 telah mempersembahkan dua buah lagu nasyid. Program diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada para peserta, juru khatam dan juga tetamu jemputan. Tahniah kepada semua peserta khatam al-quran 2012. " GEMILANG TERBILANG "














Tiada ulasan:

Catat Ulasan