Isnin, 23 September 2013

MAJLIS PERSARAAN PUAN HAJAH HASMANIAH BINTI HUSSIEN 
(GPK KOKURIKULUM)

24  September, Selasa - Majlis perpisahan sempena persaraan Puan Hahjah Hasmaniah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Pelagat telah diadakan di dewan terbuka dalam suasana meriah walaupun terasa  kesedihannya kerana seorang kakitangan sekolah yang juga merupakan pentadbir akan  meninggalkan alam persekolahan dan seluruh warga SKP.


Program bermula jam 10.00 pagi  dengan sambutan yang diraikan iaitu Puan Hajah Hasmaniah binti Hussien  di lobi sekolah oleh pihak pentadbir dan jawatankuasa sambutan beserta 'flower girl's 'yang membawa cenderamata khas. Tetamu yang diraikan  diiring ke dewan terbuka diiringi muzik gamelan.

Cikgu Hajah Hasmaniah kemudiannya dipakaikan selempang.  Majlis di dewan dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku beramai-ramai. Diikuti bacaan doa oleh ustaz Khairul Azmi bin Mohamad. 

Seterusnya ucapan wakil murid  oleh Ahmad Zakuan bin Suhaimi, Ketua Pengawas Sekolah.  Kemudiannya Encik Ghazali bin Che Noh, naib pengerusi PIBG SK Pelagat menyampaikan ucapan. Seterusnya Encik Izlan bin Ibrahim, guru besar menyampaikan ucapan, penghargaan dan terima kasih bagi seluruh waga sekolah kepada yang diraikan. Akhir sekali yang diraikah menyampaikan ucapan dan juga mendeklamasikan sajak sebagai tanda terima kasih dan luahan hati. 

Murid-murid tahun 6 Intan telah menyampaikan dua buah lagu secara beramai-ramai untuk halwa telinga.  Sebelum majlis berakhir, upacara penyampaian cenderahati daripada murid prasekolah, tahun 1 hinggalah ke tahun enam dan juga kedai seakolah. Puan Hajah Hasmaniah atau lenih mesra dengan panggilan kak yah di kalangan warha sekolah turut juga memberikan cenderahati kepada pihak sekolah dan diterima oleh tuan guru besar.

Puan Hajah Hasmaniah seterusnya menandatangani buku kehadiran buat kali terakhir disaksikan semua pentadbir dan warga sekolah. :-)Majlis diakhiri dengan perarakan mengiringi Puan Hajah Hasmaniah  untuk menaiki kenderaan  yang akan membawa beliau ke kediaman rasmi di  Taman Desa Jaya, Kg Lay Out, Padang Luas. Sebelum itu beliau telah memotong  dan melepaskan 30 belon bersama baner 'selamat bersara'.  Beliau kemudiannya diiringi oleh GPK HEM, Puan Roshidah bt Sedek menaiki kenderaan SUV  yang dipandu oleh Encik Izlan bin Ibrahim ke kediamannya.

" SELAMAT BERSARA KAK YAH "

Ahad, 15 September 2013

CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI MALAYSIA KE-50

ASSALAMUALAIKUM
UNTUK MAKLUMAN SEMUA IBUBAPA/PENJAGA 
SK PELAGAT

SEKOLAH AKAN BERCUTI
PADA : 16 SEPTEMBER 2013 (ISNIN)
SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 
KE-50

SEKOLAH AKAN DIBUKA SEPERTI BIASA 
PADA 17 SEPTEMBER 2013 (SELASA)
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2013
15/9/2013, AHAD - Sambutan sempena bulan kemerdekaan peringkat  sekolah telah diadakan bermula jam 10.45 pagi bertenmpat di dewan terbuka. Pelbagai acara  diadakan bagi memeriahkan program tersebut. Antaranya,  pertandingan pakaian bertenakan kemerdekaan, deklamasi sajak, pertandingan kelas. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh GPK Hal Ehwal Murid dan GPK Pentadbiran, Program ber5akhir jam 1.00 tengah hari

Sabtu, 14 September 2013

PUAN NURU LHUDA BINTI ABD RAHMAN KRITIKAL
 ASSALAMUALAIKUM, STATUS TERKINI BELIAU DILAPORKAN AMAT KRITIKAL.
NAMA                             : NURUL HUDA BINTI ABD RAHMAN
TEMPAT BERTUGAS    : SK PELAGAT
JAWATAN                       : PEMBANTU PENGURUSAN MURID(PRASEKOLAH)
STATUS TERKINI          : AMAT KRITIKAL (14/9/2013)
TEMPAT RAWATAN      : WAD ICI HUSM

 KEPADA SEMUA WARGA SK PELAGAT DAN SESIAPA SAHAJA YANG MENGENALI BELIAU SAMA-SAMALAH KITA MEMOHON DOA KEPADA ALLAH S.W.T, SEMOGA KESIHATAN BELIAU AKAN BERTAMBAH BAIK DAN PENDERITAAN YANG DITANGGUNGNYA SEMAKIN BERKURANGAN.

KEPADA SUAMI DAN KELUARGA BELIAU, TABAHKANLAH HATI DAN KUATKAN SEMANGAT DALAM MENGHADAPI UJIAN ALLAH.

Isnin, 9 September 2013



UPSR 2013
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2013 akan bermula esok 
10/9/2013 (Selasa) - 12/9/2013 (Khamis).
Selamat berjuang kepada semua anak-anakku,wira dan wirawati SK Pelagat. Bulatkan tekad, pasangkan niat, tetapkan pendirianmu
untuk mengapai 5A bila keputusannya diumumkan nanti.
Jawablah dengan berhati-hati dan penuh keyakinan kerana semuanya telah kau pelajari dan lalui selama enam tahun persekolahannmu.
Sesungguhnya kami semua warga SK Pelagat, guru-guru dan ibubapamu sentiasa mendoakan kejayaanmu. Semoga hasrat dan harapan kita semua bakal menjadi kenyataan.
Mulakan dengan bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah.
Daripada  seluruh warga SK Pelagat 2013
Gemilang Terbilang

Ahad, 8 September 2013

MAJLIS REDHA ILMU

8/9/2013 - Suatu majlis yang dinamakan sebagai Majlis Redhya Ilmu telah diadakan  hari ini bertempat di Dewan Terbuka SK Pelagat. Program tersebut bermula jam 8.00 pagi turut dihadiri sama oleh Pengerusi PIBG dan juga AJK PIBG. 

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Zailan bin Ismail telah memberikan ucapan alu-aluan. Diikuti dengan ucapan dan nasihat oleh tuan Guru Besar Encik Izlan bin Ibrahim. Dalam ucapannya tuan guru besar meminta semua calon UPSR agar memberikan sepenuh perhatian terutamanya semasa menjawab soalan peperiksaan memandangkan ia hanya boleh diambil sekali sahaja seumur hidup.

Akhir sekali Pengerusi PIBG, Tuan Haji Adnand bin Hussin  mengambil peluang memberikan ucapan dan kata-kata semangat dan perangsang kepada semua murid tahun 6. Beliau yakin semua murid mampu memberikan suatu keputusan yang lebih baik dalam UPSR tahun ini.

Akhir sekali, semua murid bersalaman dengan guru sambil memohon restu dan redha guru agar segala ilmu yang telah dicurahkan  akan dapat memberikan manfaat dan keberkatan kepada mereka. 

Jumaat, 6 September 2013

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR

6 September 2013, Majlis solat hajat perdana telah diadakan di musalla sekolah
untuk murid-murid tahun 6 2013. Dalam program yang sama turut diadakan bacaan
 yassin melibatkan semua guru, murid tahun 6 serta para ibubapa dan penjaga mereka.