Praktikum

2016
SK Pelagat menerima empat orang lagi guru pelatih dari IPGKSM Besut bagi menjalani praktikum selama tiga bulan.
Mereka terdiri daripada
1. Mariya Sazwana binti Mohd Syukri
2. Nur Syamilah
3. Sharmila
4. Alasia Pawa Joe

@@@@@@@@@@@


2016 SK Pelagat menerima tiga orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut bagi menjalani praktikum(latihan mengajar) selama tiga bulan. Kesemua mereka adalah major Reka Bentuk dan Teknologi(RBT) akan berada di sini sehingga 28 April 2016. Semoga apa yang dipelajari di IPG dapat dipraktikkan sepanjang berada di SK Pelagat dengan bantuan dan tunjuk ajar guru-guru pembimbing.

Selamat maju jaya.


____________________________________
2015

SK Pelagat terus menerimakepercayaan daripada pihak  Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut untuk menempatkan guru-guru pelatih menjalani praktikum atau latihan mengajar. Terbaru sekolah ini menerima dua orang guru pelatih untuk tujuan tersebut. Mereka ialah Muhammad Shafiq Aiman bin Sabri dan Aminoor Ridhwan bin Azman.
      Mereka berdua mengikuti kursus Pendidikan Seni Visual sebagai major dan Pendidikan jasmani sebagai kursus minor.
     Muhammad Shafiq dan Aminoor mula menjalani praktikum bermula 26/7/2015 hingga 17/9/2015



_________________________________________________________________________________


26/1/2014 - SK Pelagat menerima empat orang guru pelatih dari Institut Perguruan Malaysia Kampus Sultan Mizan Besut untuk menjalani praktikum (latihan mengajar)  selama kira-kira empat bulan denga  bimbingan guru-guru yang telah berpengalaman.

     1. MARIYAH FARHANA BINTI GHAZALI
         Pemgajian Islam dan Al-Quran

     2. LAILATUZZAKIA BINTI MAT SUJI
         Pengajian Islam dan Al-Quran

     3. NORHASNIDA BINTI ABD. RAHMAN
         Pengajian Sains

     4. UMMUL ZETTY BINTI MOHD YUSOF
         Pengajian Sains
 _________________________________________

24/4/2014, Khamis - Hari ini merupakan hari terakhir bagi empat orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, Besut menimba ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan. Di samping  itu mereka turut mencurahkan pengetahuan yang telah mereka perolehi selama menuntut di IPG.

Tengah hari taadi satu majlis ringkas diadakan bagi manghargai sumbangan keempat-empat guru pelatih tersebut bertempat di bilik peperiksaan. Tuan Guru Besar dalam ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih kepada mereka semua.

Dalam majlis yang sama,  tuan guru besar Encik Izlan bin Ibrahim turut menyampaikan cenderamata kepada kesemua mereka iaitu Ummul Zeti, Nor Hansnida, Lailatuzzakia dan Mariyah. Mereka juga turut memberikan cenderamata kepada sekolah dan dua orang guru pembimbing mereka iaitu Puan Hazliza binti Abd Ghani dan Puan Rozi Lawati binti Daud.

Majlis diakhiri dengan jamuan ringan kepada semua warga SKP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan