UPSR

2014 

HADIAH KECEMERLANGAN PENCAPAIAN 4A 1B BK 5

4  orang murid telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam ujian BK 5 yang telah diadakan baru-baru ini. Sehubungan itu sebagai galakan dan rangsangan kepada mereka dan juga murid-murid lain, kesemua mereka telah diberikan hadiah galakan untuk terus cemerlang. Murid berkenaan ialah Muhammad Aiman bin Elias, Nur Irdina binti Mat Rozi, Nur Azra Farisha binti Mohd Azam dan Nur Aznie Amirah binti Mohd Ghani. TAHNIAH DAN SYABAS.




MUHAMMAD AIMAN





NUR AZNIE AMIRA





NUR AZRA FARISYA

PROGRAM TUDING A MURID TARGET  UPSR 2014
Program tersebut bakal diadakan pada 6 - 10 Julai 2014 bermula jam 8.00 pagi - 12.30 tengah hari bertempat di SK Padang Landak. Seramai 25 orang murid SKP terlibat. Walau bagaimanapun tidak semua murid akan hadir pada setiap hari memandangkan mereka yang tidak mendapat keputusan  A bagi satiap meta pelajaran sahaja yang perlu hadir.
Kepada semua murid  yang terlibat gunakan peluang yang ada nanti untuk mendapatkan sebanyak mungkin peluang bertanya dan mendapatkan tips-tips penting dalam usaha mencapai 5A alam UPSR nanti


UPSR 2013

14/11/2013, Khamis -SK PELAGAT  mencatatkan keputusan yang memberangsangkan dalam UPSR 2013. Seramai 20 orang murid telah mendapat keputusan 5A daripada  50 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Keputusan ini mempamerkan peningkatan berbanding tahun 2012 di mana seramai 12 orang murid berjaya mendapat keputusan yang sama. Penyampaian slip keputusan gtersebut telah disempurnakan bersama oleh tuan guru besar, Encik Izlan bin Ibrahim dan juga pengerusi PIBG, Tuan Haji Adnand bin Hussin bertempat di Dewan Terbuka SKP.

KEM TUTORIAL UPSR ZON JERTEH 2012

SK PELAGAT, 12/7/2012 (Khamis) Seramai 10 orang murid tahun 6 terpilih sebagai
peserta Kem Tutorial UPSR daerah Besut. Kem tersebut bagi Zon Jerteh yang bertempat
di SK Pusat Jerteh menempatkan seramai 144 orang peserta bagi sekolah-sekolah
zon tersebut.

Kem yang bermula jam 2.00 petang tadi akan berlangsung sehingga hari sabtu ini
bakal memberikan peluang kepada semua murid yang terpilih untuk menimba
sebeerapa banyak ilmu dan teknik-teknik menjawab soalan dengan lebih kemas
dengan bantuan dan bimbingan para fasilitator di daerah Besut.

Semoga peluang ini diambil dengan sebaik-baiknya oleh murid-murid yang terpilih
dalam merealisasikan hasrat dan impian 5A dalam UPSR nanti.
Insyaallah.

SELAMAT MAJU JAYA.

: GEMILANG TERBILANG "



KELAS MALAM MURID TAHUN 6

Untuk makluman ibubapa dan penjaga, kelas malam telah bermula
mulai 1/4/2012 sehingga diberitahu kelak. Masa kelas ialah 8.15 malam - 10.00 malam
Murid-murid tidak digalakkan datang awal.

JADUAL KELAS MALAM ADALAH SEBAGAIMANA DIBAWAH