Selasa, 1 November 2016


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016
TARIKH     : 2/11/2016 (RABU)
MASA        : 7.45 PAGI - 9.15 PAGI 
                    BAHASA MELAYU KERTAS 1
                    9.15 PAGI - 10.15 PAGI
                    BAHASA MELAYU KERTAS 2
                    11.15 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
                    BAHASA INGGERIS KERTAS 1 

Jumaat, 28 Oktober 2016

CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI DEEPAVALI
Makluman kepada semua murid, ibu bapa serta penjaga murid SK Pelagat. cuti berkenaan adalah sebagaimana berikut:
     Tarikh Mula   : 30/19/2016(Ahad)
     Tarikh Tamat : 01/11/2016(Selasa)
Sekolah akan dibuka seperti biasa pada hari Rabu 02/22/2016.
Semua murid akan menduduki peperiksaan akhir tahun.
     Semoga dalam makluman pihak tuan jua. Terima kasih

          " GEMILANG TERBILANG "

Sabtu, 8 Oktober 2016

HARI  SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH
8 Oktober 2016, Sabtu -  SK Pelagat turut mengadakan  Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat sekolah.
     Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir menjelang tengah hari.  Turut hadir Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Zailan bin Ismail, guru-guru, guru-guru praktikum dan murid-murid.

Khamis, 6 Oktober 2016

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
6 Oktober 2016, Khamis -Panatia Pendidikan Agama Islam SK Pelagat telah menganjurkan  kursus pengurusan jenazah kepada  semua murid tahap 2. Ianya merupakan salah satu program pasca UPSR.
     Program tersebut telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ust Lokman bin Awang dari Pejabat Agama Daerah Besut.
     Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust Sahor Abdul Aziz,  ucapan perasmian oleh guru besar dN seterusnya ceramah serta ldk. Para peserta turut menjalankan amali menguruskan 'jenazah' dalam kumpulan.
     Syabas dan tahniah kepada semua peserta serta panatia Agama Islam kerana buat pertama kalinya menganjurkan kursus sedemikian.






     " Gemilang Terbilang"

Sabtu, 10 September 2016

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
Untuk makluman ibu bapa, sekolah akan bercuti mulai 9/9/2016 -17/9/2016. Sekolah akan dibuka semula pada 18/9/2016.
     Adalah diharapkan ibu bapa dan penjaga memastikan anak-anak jagaan masing-masing hadir semula ke sekolah pada 18/9/2016 nanti.
Selamat bercuti dan selamat menyambut hari raya aidil adha dari seluruh warga sekolah.
          " Gemilang Terbilang "

Ahad, 4 September 2016

UPSR 2016
Tarikh  : 5 - 8 September 2016
5/9/2016
8.00 - 9.30 pagi
Bahasa Melayu Pemahaman
10.30 - 10.45 pagi
Bahasa Melayu Penulisan

Hari      :  Isnin - Rabu
Lokasi  : Bilik Peperiksaan Sk Pelagat

Rabu, 24 Ogos 2016

SENTUHAN KASIH GURU BESAR
Khamis, 24 Ogos 2016 - SK Pelagat, walaupun sentiasa sibuk dengan program UPSR peringkat daerah , guru besar  En. Izlan bin Ibrahim tidak melepaskan peluang berada di sekolah  untuk bersama murid-murid tahun 6 untuk memberi kata-kata semangat dan perangsang supaya  dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
     Pesanan beliau supaya masa yang ada menjelang peperiksaan digunakan dengan sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran.






Ahad, 14 Ogos 2016

UJIAN TAMBAH NILAI/BK 12

TARIKH : 

15 OGOS 2016 (ISNIN)
8.00 PAGI - 9.15 PAGI         : BAHASA MELAYU( KEFAHAMAN)
9.30 PAGI - 10.45 PAGI       : BAHASA MELAYU ( PENULISAN)

16 OGOS 2016 (SELASA)
8.00 PAGI - 9.15 PAGI         : BAHASA INGGERIS (KERTAS 1)
9.30 PAGI - 10.45 PAGI       : BAHASA INGGERIS (KERTAS 2)

17 OGOS 2016 (RABU)
8.00 PAGI - 9.00 PAGI         : MATEMATIK (KERTAS 1)
9.30 PAGI - 10.30 PAGI       : MATEMATIK (KERTAS 2)

18 OGOS 2016 (KHAMIS)
8.00 PAGI - 9.15 PAGI        : SAINS (KERTAS 1)
9.30 PAGI - 10.30 PAGI      : SAINS (KERTAS 2)

DIHARAP IBU BAPA  DAN PENJAGA MEMASTIKAN ANAK MASING-MASING MEMBUAT ULANGKAJI

"GEMILANG TERBILANG"

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2016
SK Pelagat, 14 Ogos 2017- Pelancaran bulan kemerdekaan telah disempurnakan oleh Encik Izlan bin Ibrahim, Guru Besar SK Pelagat jam 8.00 pagi tadi.
     Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, ucapan aluan guru bertugas, ucapan perasmian, gimik pelancaran serta pengagihan Jalur Gemilang kepada semua ketua kelas.
          "Gemilang Terbilang"




Jumaat, 12 Ogos 2016

PROGRAM MOTIVASI NLP DAN KECEMERLANGAN UPSR 2016
Jumaat, 12 Ogos 2016 - Satu program motivasi dan kecemerlangan upsr telah diadakan untuk murid-murid tahun 6 bertempat di Demong Beach Resort, Tanjung Demong, Besut, Terenganu. Program dua hari satu malam tersebut telah dirasmikan  oleh YBM Senator Engku Hajah Naimah binti Engku Haji Taib, Ahli Dewan Negara.

Selasa, 9 Ogos 2016

MESYUARAT KHAS UPSR
9 Ogos 2016, Selasa -  Satu mesyuarat khas UPSR telah diadakan jam 2.00 petang tadi.
     Ianya diadakan bagi membentangkan pencapaian calon UPSR dalam peperiksaan percubaan yang diadakan baru-baru ini serta membincangkan program-program terakhir menjelang peperiksaan itu pada 5 - 8 September nanti.
          "Gemilang Terbilang"

Khamis, 4 Ogos 2016

TAMAT TEMPOH PROGRAM INTERNSHIP

 Khamis, 4 Ogos 2016 - Hari ini merupakan hari terakhir tiga orang  guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan  Besut menjalani Program Internship di Sekolah Kebangsaan Pelagat. Sebelum ini mereka telah berada di sini selama tiga bulan bagi menjalani praktikum atau latihan mengajar.

     Semoga pengalaman dan ilmu pengetahuan yang mereka perolehi sepanjang berada di SK Pelagat dapat digunakan apabila mereka ditempatkan di sekolah setelah tamat pengajian nanti.
     Selamat maju jaya kepada mereka bertiga daripada seluruh warga SK Pelagat.

Ahad, 29 Mei 2016

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR  HARI KEDUA
30 MEI 2016 (ISNIN)
8.00 PAGI -10.00 PAGI - BAHASA MELAYU
10.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI - BAHASA INGGERIS

" gemilang terbilang "







KELAS MALAM UPSR
Makluman kepada semua murid serta ibu bapa dan penjaga.
KELAS MALAM DITANGGUHKAN  SEPANJANG BULAN RAMADHAN dan akan diadakan semula selepas hari raya.
Makluman akan sampaikan kepada murid untuk dipanjangkan kepasa ibu bapa atau penjaga masing-masing.
Pohon ibu bapa dan penjaga mengikuti makluman terkini melalui blog sekolah dan "parent notice board " dalam vle.
Sekian terima kasih.
PROGRAM KECEMERLANGAN  UPSR 2016
1. Bengkel menjawab soalan upsr
2. Kelas tambahan
Klik pada jadual untuk paparan yang lebih besar.


Sabtu, 30 April 2016

CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI BURUH
Selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Buruh kepada semua warga  SK Pelagat serta semua pengunjung blog.

     Tarikh     : 1 Mei 2016 (Ahad)
Sekolah akan dibuka seperti biasa pada hari Isnin 2 Mei 2016

PERTANDINGAN SAHIBA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Pertandingan sahiba peringkat negeri Terengganu telah berlangsung pada hari Khamis lepas (28.4.2916) bertempat di Kuala Terengganu.
     Awwab Fakhri bin Che Hussin yang menjadi naib johan semasa pertandingan peringkat daerah yang diadakan baru-baru ini telah mewakili daerah Besut.
     Pada pertandingan itu Awwab Fakhri telah berjaya menjadi naib johan. Tahniah dan syabas.

Selasa, 12 April 2016

RAWATAN DAN PEMERIKSAAN GIGI
 Pemeriksaan dan rawata gigi kepada semua murid sedang berlangsung di SK Pelagat sepanjang sesi persekolahan setiap hari.

Program ini akan berlangsung selama sebulan  dan dikendalikan oleh unit pergigian, Klinik Pergigian Jerteh.

Sabtu, 9 April 2016

SK Pelagat, 10 April 2016- Sejarah telah tercipta sekali lagi apabila Nur Adlin Hanis binti Ruslan telah berjaya menjadi naib johan acara lontar peluru B12 Kejohanan Balapan dan Padang MSST 2016 dengan jarak lontaran  9.21 meter dan melayakkannya mewakili negeri Terengganu ke peringkat MSSM nanti.

Khamis, 10 Mac 2016

SATU LAGI SEJARAH TERCATAT
SK Pelagat, 10 Mac 2016 - Nur Adlin Hanis binti Ruslan telah melakar satu lagi sejarah apabila telah dinobatkan sebagai  olahragawati mssdb 2016

Nur Adlin Hanis yang mengambil bahagian dalam acara lontar peluru bawah 12 tahun  telah mendapat johan dan mencipta rekod baru pada kejohanan tersebut.

Tahniah dan syabas kepada Hanis, team olahraga dan seluruh warga SKP
   " GEMILANG TERBILANG  "