Khamis, 4 Ogos 2016

TAMAT TEMPOH PROGRAM INTERNSHIP

 Khamis, 4 Ogos 2016 - Hari ini merupakan hari terakhir tiga orang  guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan  Besut menjalani Program Internship di Sekolah Kebangsaan Pelagat. Sebelum ini mereka telah berada di sini selama tiga bulan bagi menjalani praktikum atau latihan mengajar.

     Semoga pengalaman dan ilmu pengetahuan yang mereka perolehi sepanjang berada di SK Pelagat dapat digunakan apabila mereka ditempatkan di sekolah setelah tamat pengajian nanti.
     Selamat maju jaya kepada mereka bertiga daripada seluruh warga SK Pelagat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan