Selasa, 9 Disember 2014

TARIKH PENDAFTARANSEKOLAH SESI 2015
SENARAI HARGA BARANG KEPERLUAN SEKOLAH



Jumaat, 28 November 2014

PENGAWAS SEKOLAH/PENGAWA PSS/PENGAWAS SPBT

URUSAN JUALAN KAIN UNTUK BAJU DAN KAIN SARUNG PENGAWAS
 PEREMPUAN SAHAJA AKAN DIADAKAN SEBAGAIMANA BERIKUT:

     TARIKH : 30/11/2014 (AHAD)
     MASA    : 9.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
     TEMPAT : KEDAI SEKOLAH
TAHNIAH DAN SYABAS

Keputusan UPSR 2014 telahpun diumumkan dua hari lepas. Tahun ini menyaksikan penurunan bilangan murid yang memperolehi  5A bagi SK Pelagat.

Walau apapun keputusannya seluruh warga pelagat menerimanya dengan tabah terutamanya murid dan guru.

Mereka yang berjaya  memperolehi 5A adalah sebagaimana berikut:
     1. MUHAMMAD AMIERUL FAIZ
     2. NUR AZNIE AMIERA BINTI MOHD GHANI
     3. NOR FATINI BINTI ZAKARIA
     4. NUR IRDINA MUNIRAH BINTI MAT ROZI
     5. NUR NAJIHAH BINTI MOHD NIZAM

Selasa, 28 Oktober 2014

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga murid SK Pelagat, peperiksaan akhir tahun sedang berlangsung sekarang dan akan berakhir pada hari khamis 30/10/2014. Pasatikan anak-anak jagaan tuan/puan mengulangkaji pelajaran dalam usaha mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Harap naklum

Sabtu, 27 September 2014

TAKLIMAT i-THINK
  
TARIKH    :      29/9/2014 ( ISNIN)
MASA        :      1.45 TENGAH HARI - 3.45 PETANG (2 JAM)
TEMPAT   :       BILIK MESYUARAT  SK PELAGAT
PESERTA  :        SEMUA GURU

ALATAN:
1. CHROME BOOK (DISEDIAKAN)
2. BUKU NOTA ( PERSONAL)

SEMOGA TUAN/PUAN TIDAK MENGUZURKAN DIRI. TERIMA KASIH 
ATAS KERJASAMA YANG BAKAL DIBERIKAN

Ahad, 21 September 2014

21 SEPTEMBER 2014, AHAD - Hari pertama persekolahan selepas cuti pertengahan penggal dua selama seminggu.
     Hari ini seramai  tujuh orang guru tiada di sekolah kerana menghadiri pelbagai taklimat yang diadakan di luar sekolah. Walau bagaimanapun proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa dengan bantuan tenaga guru yang ada di sekolah
     SK Pelagat menerima dua orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang akan menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah(School Base Experience/SBE) selama seminggu. Kedua-dua mereka masing-masing dari IPGM Kota Bharu dan IPGM Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit.

Khamis, 4 September 2014

SOLAT HAJAT, SOLAT DHUHA DAN BACAAN YASIN UNTUK CALON UPSR

TARIKH : 5/9/2014 (JUMAAT)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : SURAU SK PELAGAT

SEMUA WARGA SK PELAGAT, IBU BAPA MURID TAHUN 6
JANGAN LUPA PROGRAM KITA ESOK
BAGI MENJAYAKANNYA
DALAM USAHA MEREALISASIKAN 
HARAPAN, IMPIAN DAN CITA-CITA
ANAK-ANAK KITA
UNTUK MENDAPATKAN
5A
DALAM UPSR NANTI
KUNJUNGAN KASIH 
YB TUAN HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI 
DEWAN UNDANGAN NEGERI JERTEH

TARIKH : 4 SEPTEMBER 2014 (KHAMIS)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK PELAGAT

Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Pehimi  bin Yusof 
telah  hadir ke SKnPelagat kira-kirav jam 9.00 pagi
dan meluangkan masa lebih kurang tiga puluh minit
bertemu semua calon UPSR.
Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Pehimi 
juga turut memberikan kata-kata perangsang, suntikan semangat serta
motivasi kepada semua murid berkenaan.
Beliau turut merangsang semua murid agar mencapai target 5A
kerana banyak keistemewaan yang bakal menanti 
semua calon yang mendapat keputusan cemerlang. 

"gemilang terbilang"

Rabu, 3 September 2014

JADUAL PENYELIAAN PDP FASA II 2014

Assalamualaikum.
Perhatian kepada semua guru.
Jadual penyeliaan  di atas telahpun diemailkan ke email 1bestarinet tuan/puan.

Untuk mendapatkan maklumat terperinci sila semak email masing-masing  dengan kadar segera.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 2 September 2014

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

2/9/2014, Selasa - Sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan bermula jam 7.45 pagi dan berakhir kira-kira jam 1.15 tengah hari. Perasmian telah dilakukan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Yang Berusaha Encik Zailan bin Ismail.

Pelbagai acara menarik telah menyerikan sambutan pada tahun ini sama ada di Dataran Perhimpunan ataupun di Dewan Terbuka.
Sepanjang minggu ini pelbagai program telah disusunatur dalam usaha menyemarakkan lagi sambutan bagi tahun 2014.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadian bagi beberapa acara yang dipertandingan. Kemuncaknya semua guru dan murid menyanyikan lagu Tanggal 31 Ogos.

"GEMILANG TERBILANG"

Isnin, 1 September 2014

TAKLIMAT BERSEPADU 
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 

TAKLIMAT DI ATAS AKAN DIADAKAN SEBAGAIMANA BERIKUT:

Tarikh          :          2 September 2014 (Selasa)
Masa           :          2.00 petang
Tempat        :          Bilik Mesyuarat SK Pelagat
Kehadiran   :          Wajib

Kerjasama semua amat dihargai.
Semoga tuan/puan tidak menguzurkan diri.  

Terima kasih

Selasa, 22 Julai 2014

Jumaat, 4 Julai 2014



PROGRAM TUDING A MURID TARGET  UPSR 2014
Program tersebut bakal diadakan pada 6 - 10 Julai 2014 bermula jam 8.00 pagi - 12.30 tengah hari bertempat di SK Padang Landak. Seramai 25 orang murid SKP terlibat. Walau bagaimanapun tidak semua murid akan hadir pada setiap hari memandangkan mereka yang tidak mendapat keputusan  A bagi satiap meta pelajaran sahaja yang perlu hadir.
Kepada semua murid  yang terlibat gunakan peluang yang ada nanti untuk mendapatkan sebanyak mungkin peluang bertanya dan mendapatkan tips-tips penting dalam usaha mencapai 5A alam UPSR nanti

Rabu, 25 Jun 2014

KEJOHANAN BALAPAN, PADANG DAN SUKANEKA SK PELAGAT 2014

25/6/2014 - Rabu, Kejohanan Balapan, Padang dan Sukaneka tersebut telah berlangsung dengan jayanya bermula 24/6/2014 dan berakhir petang 25/6/2014 dalam suasana meriah.

Pengerusi PIBG SK Pelagat telah sudi meluangkan masa untuk hadir memberikan ucapan dan seterusnya mersamikan kejihanan tersebut yang disertai hampir kesemua murid.

Acara-acara yang menarik perhatian pada hari kedua (Rabu) ialah   4 x2 00 meter akhir lelaki dan perempuan, acara jemputan tahun lima melibatkan pasukan tuan rumah, pasukan SK Seberang Jerteh, SK Pusat Jerteh dan  SK Lubuk Kawah. 

Manakala acara tarik tali akhir di antara rumah-rumah sukan, acara terompah gergasi dan  isi air dalam botol bagi ibubapa dan pegawai turut menarik perhatian penonton.

Turut hadir memeriahkan kejohana tersebut ialah barisan AJK PIBG SK Pelagat 2014 dan juga para ibubapa yang berada di kawasan sekitar sekolah.

Dalam ucapan penutupnya tuan guru besar Encik Izlan bin Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan temasya tersebut sehingga berlangsung dengan jayanya.

" MAJULAH SUKAN UNTUK SK PELAGAT "

Ahad, 18 Mei 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014

SK PELAGAT, 18 Mei 2014(Ahad) - Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah telah disambut dengan penuh meriah  melibatkan komuniti setempat di mana teraju utamanya adalah Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang diketuai oleh Yang DiPertuanya Tuan Haji Adnand bin Hussin serta Timbalan Yang DiPertuan Encik Ghazali bin Che Noh beserta barisan ahli jawatankuasa merreka.

Turut mengembelng tenaga dalam menjayaka sambutan yang julung-julung kali diadakan ialah KRT Sri Pelagat dan  Komuniti Padang Luas.  Program yang telah disusun berjalan dengan lancar di mana sambutan bermula di pintu pagar sekolah tepat jam 8.00 pagi.

Semua warga pendidik SK Pelagat telah  dipimpin oleh seorang murid dan diarak oleh pasukan bunga manggar  bersama jawatankuasa PIBG serta ahli pergerakan puteri  yang memakai pakaian sekolah menuju ke dewan terbuka. Di lobi sekolah, pasukan kompang sekolah yang telah sedia menunggu pula mengiringi semua  gutru ke dewan terbuka.

Acara di dewan terbuka dimulai dengan nyanyian lagu negaeaku dan selamat sultan. Kemudian diikuti dengan ucapan-ucapan dan seterusnya perasmian oleh Yang DiPertua PIBG Tuan Haji Adnand bin Hussin yang mewakili Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Pehimi bin Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri, Dewan Undangan Negeri Jerteh.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Yang Berusaha Tuan Haji Ab. Halim bin Haji Hassan. Tuan Haji Ab. Halim juga  turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada murid yang menyambut hari ulang kelahiran mereka pada 16 Mei serta kepada guru-guru yang bertuah.

Jam 11 pagi bermula acara sukaneka yang melibatkan beberapa acara di mana semua guru dan warga SKP dipecahlkan kepada empat kumpulan. Manakala kemuncak acara pada sambutan kali ini ialah persembahan oleh kumpulan-kumpulan berkenaan yang dianggotai oleh guru dan kakitangan sekolah. Turut sama menyerikan sambutan hari guru tahun ini ialah persembahan khas oleh Timbalan YDP PIBG serta oleh ahli-ahli puteri. Majlis berakhir kira-kira jam 1.15 petang dengan penyampaian hadiah dan hamper kepada semua wagra SK Pelagat.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menganjurkan dan menjayakan sambutan hari guru ke-43 SK Pelagat. Semoga budi dan jasa tuan-puan allah s,.w,t sahaja yang mampu membalasnya. Akhir kata Selamat Menyambut Hari Guru Ke-43.
Terima kasih,,,,,,,,,,,,,,,,, Terima kasih....................... Terima  kasih

GURU : PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI



Jumaat, 16 Mei 2014

SELAMAT HARI GURU 2014
"GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI"

KEPADA 
SEMUA WARGA GURU SK PELAGAT
SERTA 
SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI YANG BERNAMA GURU

Selasa, 6 Mei 2014

KURSUS DSKP MATAPELAJARAN TMK TAHUN 5

Kursus tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sk Pelagat selama 2 hari bermula 5 hingga 6 Mei yang lalu. Seramai 53 orang guru sekolah rendah daerah Besut yang bakal mengajar subjek tersebut pada tahun 2015 telah menghadirei kursus tersebut yang dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai dari Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Khamis, 24 April 2014

24/4/2014, Khamis - Hari ini merupakan hari terakhir bagi empat orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, Besut menimba ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan. Di samping  itu mereka turut mencurahkan pengetahuan yang telah mereka perolehi selama menuntut di IPG.

Tengah hari taadi satu majlis ringkas diadakan bagi manghargai sumbangan keempat-empat guru pelatih tersebut bertempat di bilik peperiksaan. Tuan Guru Besar dalam ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih kepada mereka semua.

Dalam majlis yang sama,  tuan guru besar Encik Izlan bin Ibrahim turut menyampaikan cenderamata kepada kesemua mereka iaitu Ummul Zeti, Nor Hansnida, Lailatuzzakia dan Mariyah. Mereka juga turut memberikan cenderamata kepada sekolah dan dua orang guru pembimbing mereka iaitu Puan Hazliza binti Abd Ghani dan Puan Rozi Lawati binti Daud.

Majlis diakhiri dengan jamuan ringan kepada semua warga SKP.

Sabtu, 12 April 2014

TERIMA KASIH DAN SYABAS

12 April 2014, Sabtu - Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah telah diadakan bertempat di Dewan Terbuka SKP bermula jam 8.00 pagi  - 4.00 petang. Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Guru Besar, Encik Izlan bin Ibrahim. Manakala perasmian penutup dan penyampaian sijil pula telah dilakukan oleh GPK Pentadbiran, Encik Zailan bin Ismail.

Terima kasih kepada semua guru, kakitangan sekolah dan guru praktikum yang telah menjayakan  program berkenaan. Sesungguhnya SKP memang hebat.

" GEMILANG TERBILANG "


Jumaat, 11 April 2014

JADUAL KURSUSU KEPIMPINAN PENGAWAS 2014
 SILA KLIK PADA JADUAL UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR







Khamis, 20 Mac 2014

KEJOHANAN BADMINTON MSS DAERAH BESUT 2014

SK Pelagat melakar sejarah lagi di persada permainan peringkat daerah Besut. Kali ini dalam permainan badminton bawah 12 tahun. SK Pelagat diwakili oleh Anis Insyirah binti A Zamri berjaya merangkul pingat emas pada peringkat akhir kategori perseorangan yang berlangsung pagi tadi de Dewan Komuniti Gong Kemuntong .



" gemilang terbilang "
Kejohanan Bola Tampar MSS Zon Jerteh telah diadakan pada 18 - 20 Mac 2014 bertempat di gelanggang bola tampar SK Pelagat. Kejohanan tersebut bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang setiap hari.

Pada hari pertama, 19/3/2014 perlawanan adalah bagi pasukan lelaki yang diadakan secara liga kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari tiga pasukan/sekolah. Manakala pada hari kedua, 19/3/2014 perlawanana yang diadakan adalah melibatkan pasukan perempuan. Johan dan naib johan kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir.

Pasukan lelaki SK Pelagat hanya mampu ke pusungan suku  akhir dan tewas kepada pasukan SRJKC Chung Hwa 2 - 0 langsung mematikan cita-cita untuk ke peringkat akhir. Bagi pasukan perempuan pula, kesungguhan dan kejayaan  mereka mengalahkan pasukan SK Bukit Kenak telah membolehkan mereka mara ke perlawanan akhir dan menentang pasukan SK Tanah Merah. 

Walau bagaimanapun kita terpaksa akur dengan kekuatan mereka dan berjaya menjadi naib johan. Apapun tahniah kepada semua pemain dan jiga jurulatih, tidak lupa juga semua guru, kakitangan sekolah serta murid-murid yang telah turun setiap petang menyokong pasukan sekolah.
" gemilang terbilang "

Ahad, 9 Mac 2014

KEJOHANAN BADMINTON MSS ZON JERTEH 2014
10/3/2014, Isnin - Kejohanan Badminton Majlis Sekolah-sekolah Zon Jerteh telah diadakan bertempat di Dewan Sekolah Menengah Imtiaz, Besut, Kampung Padang Landak.

Pasukan SK Pelagat terdiri dari 5 pemain masing-masing 3 lelaki dan 2 perempuan, iaitu :
          1. Anis Insyirah binti a Zamri
          2. Umi Maisarah binti Mohd Amin
          3. Muhammad Harith Hakimi bin Mohd Sukri
          4. Amirul Hakimi bin Roslan
          5. Muhammad Faim Tarmizai

Kesemua kategori iaitu perseorangan lelaki, perempuan, berpasangan lelaki dan perempuan telah melepasi pusingan 1 dan 2. Mereka akan meneruskan permainan pada pusingan ke-3.

" GEMILANG TERBILANG "

Sabtu, 1 Mac 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG SK PELAGAT KALI KE-8

1/3/2014, Sabtu - PIBG SK Pelagat mengadakan mesyuarat agung kali ke-8 pada hari ini bertempat di Dewan Terbuka dan bakal dirasmikan oleh YB Tuan Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri, Dewan Undangan Negeri Jerteh

Ahad, 23 Februari 2014

BINTANG SK PELAGAT

23/2/2014, Ahad - SK Pelagat turut mencatatkan nama dalam senarai sekolah-sekolah yang mengutip pingat sepanjang Kejohanan Olahraga MSSD Besut yang berlangsung selama seminggu pada minggu lepas. Nor Wani Munirah binti Mat Rasip
 
Nor Wani Munirah menerima pingat perak dan sijil penghargaan yang dimenanginya daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Zailan bin Ismail. Semoga kejayaan tersebut menjadi perangsang dan memberi semangat kepada murid-murid lain.
 
 
 
 
"GEMILANG TERBILANG "
 
 

Jumaat, 21 Februari 2014

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD BESUT 2014

21/2/2014, Jumaat - SK Pelagat turut mencatat nama dalam senarai sekolah yang memperolehi pingat pada kejohanan yang berlangsung selama lima hari bermula pada 16/2/2014 dan berakhir semalam 20/2/2014.

Peserta lontar peluru SKP Nur Munirah binti Mat Rasip berjaya menggondol pingat perak bagi acara lontar peluru kategori P12

Tahniah kepada Nur Munirah di atas kejayaan memngharumkan nama sekolah. Walau bagaimanapun sayabas dan tahniah kepada semua kontinjen SK Pelagat yang turut mengambil bahagian dalam acara-acara lain.

" GEMILANG TERBILANG "
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD BESUT 2014

21/2/2014, Jumaat - SK Pelagat turut mencatat nama dalam senarai sekolah yang memperolehi pingat pada kejohanan yang berlangsung selama lima hari bermula pada 16/2/2014 dan berakhir semalam 20/2/2014.

Peserta lontar peluru SKP Nur Munirah binti Mat Rasip berjaya menggondol pingat perak bagi acara lontar peluru kategori P12

Tahniah kepada Nur Munirah di atas kejayaan memngharumkan nama sekolah. Walau bagaimanapun sayabas dan tahniah kepada semua kontinjen SK Pelagat yang turut mengambil bahagian dalam acara-acara lain.

" GEMILANG TERBILANG "

Sabtu, 15 Februari 2014

KEJOHANAN PING PONG MSSD BESUT

16/2/2014, Ahad - SK Pelagat, 2 orang murid sekolah ini telah terpilih untuk mewakili daerah Besut pada kejohanan ping pong MSST bertempat di Dungun. Kedua-dua orang murid tersebut ialah  Anis Insyirah binti A Zamri dan Nur Anis binti Mat Ropi.

Pada perhimpunan mingguan pagi tadi tuan guru besar, Encik Izlan in Ibrahim telah menyampaikan pingat yang dimenangi oleh kedua-dua mereka .

Tahniah  kepada kedua-dua murid tersebut yang telah mengharumkan nama sekolah.

Anis Insyirah dan Nur Anis bersama pingat dan sijil kemenangan


bergambar dengan guru besar, GPK KK dan GPK HEM





Murid-murid tahun 1 menunjukkan bakat mereka menyanyi beramai-ramai semasa perhimpunan pagi.  Walaupun masih berada tahun 1 tetapi mereka telah menunjukkan keyakinan yang tinggi untuk berada di atas pentas dan membuat persembahan di bawah bimbingan Cikgu Murugan

Bersedia untuk memulakan persembahan

Sedang membuat persembahan

" GEMILANG TERBILANG "

Khamis, 13 Februari 2014

ALFATIHAH
 BUAT
 ADIK MUHAMMAD SALMIZI IRHAM BIN MOHD ZURIMI

Hari ini SK Pelagat dikejutkan dengan berita  pemergian adik Muhammad Salmizi Irham murid tahun 3 ke alam baqa' setelah menderita penyakit barah otak selama lebih kurang 2 tahun. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir malam tadi.

Semoga roh allahyarham akan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Kepada keluarga allahyarham salam takziah daripada seluruh warga SK Pelagat. Harapan kami Encik Mohd Zurimi dan keluarga tabah menghadapinya

Selasa, 11 Februari 2014

KEJOHANAN MEMANAH SEKOLAH RENDAH DAERAH BESUT 2014

11/2/2014, SK PELAGAT - Kejohanan memanah bagi sekolah rendah peringkat daerah Besut telah diadakan bertempat di padang SMK/SK Pelagat. Sebanyak empat buah sekolah mengambil bahagian melibatkan 32 orang peserta masing-masing 16 peserta lelaki dan perempuan..

Kejohanan tersebut berlangsung kira-kira jam 2.30 petang tadi. SK Pelagat tidak ketinggalan menghantar 8 orang peserta ke kejohanan tersebut yang terdiri daripada murid-murid tahun 6.
Selamat berjuang kepada semua peserta SK Pelagat. Semoga kejayaan mengiringi kalian semua.

" GEMILANG TERBILANG "

Isnin, 10 Februari 2014

Khamis, 6 Februari 2014

LARIAN CERGAS SKP 2014

6/2/2014, Khamis - SKP membuka tirai program/aktiviti kokurikulum tahun 2014 dengan mengadakan Larian Cergas/Merentas Desa melibatkan semua murid.

Program bermula seawal jam 7.45 pagi di mana semua murid berkumpul di Dataran Perhimpunan. Doa dipohon kehadrat Allah s.w.t agar perjalanan aktiviti hari ini berjalan dengan lancar.

Sebelum berlari murid-murid mengikuti sesi memanaskan badan dengan melakukan senaman aerobik yang dikendalikan oleh guru-guru pelatih IPGM Kampus Sultan Mizan, Besut.

Selepas itu setiausaha sukan, Encik Azman bin Abd Wahab memberikan taklimat berkenaan dengan "check point" dan sebagainya bagi mengelakkan kekeliruan serta keselamatan semua peserta. 

Peserta dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu prasekolah, tahun 1, tahun 2 dan 3, tahun 4 dan 5 serta tahun 5 dan 6. laluan bagi setiap kategori adalah berbeza dan perlu melalui check point yang telah ditetapkan. Kesemua peserta telah dilepaskan oleh tuan guru besar, Encik Izlan bin Ibrahim.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh tuan guru besar kira-kira jam 11.00 pagi.

mendengar taklimat

murid prasekolah








aerobik


guru rumah biru
penerangan sebelum larian












guru rumah biru bersama guru besar


pos pengawal

peserta bersiap untuk pelepasan

petugas "check point"













































Jumaat, 31 Januari 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN KOMPETENSI ICT 2013

  TERKINI
Untuk membuat semakan sila klik link di bawah
http://apps.moe.gov.my/abpg/KompetensiICT/index.cfm

Ahad, 26 Januari 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2014

Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah menjayakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah 2014 sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. 

     Terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Wahab bin Mohd Arshad, Pengetua SM Imtiaz Besut kerana sudi menberikan ucapan dan menyampaikan watikah kepada semua pengawas.
     Tahniah kepada semua murid yang telah ditauliahkan sebagai pengawas sekolah. Semoga anda dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dedngan baik.


" GEMILANG TERBILANG "

Isnin, 20 Januari 2014

MESYUARAT AGUNG DAN PEMILIHAN AJK RUMAH SUKAN 2014

20/1/2014 - Mesyuarat agung dan pemilihan keempat-empat rumah sukan telah diadakan pada jam 12.15 - 1.15 tengah hari tadi. Semua murid tahun 1 - 6 terlibat dalam mesyuarat tersebut bagi memilih ahli jawatankuasa yang bakal merancakkan lagi program-program kokurikulum  sepanjang sesi persekolahan 2014

Mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar dan mempamerkan persaingan sengit dalam pemilihan jawatan tertinggi kesemua rumah sukan iaitu Kenari, Kembara, Kelisa dan Kancil. Peluang tersebut dijadikan tempat untuk murid mendapat pendedahan bagaimana proses pemilihan ahli jawatankuasa dijalankan.

" GEMILANG TERBILANG " 

Ahad, 5 Januari 2014

5/1/2014, AHAD - Pemilihan pemain bagi pasukan bola jaring sekolah telah diadakan pada jam 4.00 petang di padang sekolah. Proses pemilihan berakhir kira-kira dua jam kemudian. Murid-murid juga turut menunaikan solah asar berjamaah di surau sekolah Guru-guru pebimbing dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Puan Rugayah binti Daud  turut hadir menurunkan ilmu yang dimiliki oleh beliau. Terima kasih  kepada semua murid dan guru.

" GEMILANG TERBILANG "

Sabtu, 4 Januari 2014

5/1/2014, AHAD - Perhimpunan mingguan kali pertama sesi persekolahan 2014 telah diadakan  bermula jam 7.30 pagi. Segalanya berjalan dengan lancar di bawah kendalian guru bertugas Encik Azman bin Abdul Wahab dan Puan Nor Hafiza binti Mokhtar.

Tuan Guru Besar,Encik Izlan bin Ibrahim dalam ucapannya mengharapkan segala-galanya dalam semua semua aspek  akan berjalan dengan baik dan sempurna bagi sesi 2014. Guru besar juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa murid prasekolah dan tahun 1 serta semua guru yang hadir pada hari jumaat bagi menjayakan program temu murni yang telah diadakan.

Beliau juga turut  memperkenalkan seorang guru baru yang bertukar masuk ke SK Pelagat iaitu Puan Sharifah Marlina binti Sayed Mansor. Selamat datang dan selamat bertugas di SKP.

" GEMILANG TERBILANG "

Jumaat, 3 Januari 2014

3/1/2014, Jumaat - Program Temu Murni Pentadbir sekolah Bersama Ibubapa/Penjaga Murid Prasekolah dan tahun 1 kali pertama 2014 berjalan dengan lancar. Program tersebut telah diadakan di Dewan Terbuka SK Pelagat bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.10 pagi.

Kehadiran ibubapa/penjaga murid-murid terlibat amat menggalakkan dan mencapai KPI yang ditetapkan oleh tuan guru besar. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairul Azmi bin Mohamad, diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar Encik Izlan bin Ibrahim. Pegawai Perhubungan Sekolah dari PPD Besut, Yang Mulia Tengku Abdullah bin Tengku Abd Rahman yang turut hadir juga  memberikan ucapan sempena perjumpaan kali ini.

Seterusnya Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Roshidah binti Sedek pula memberikan penerangan berkaitan program di bawah pengurusannya. Manakala Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Rugayah binti Daud memaklumkan perkembangan berkaitan dengan kokurikulum serta penambahan aktiviti baru iaitu memanah dan softball.

Puan Zaimah binti A. Rahman selaku guru tahun 1 2014 bersama Puan Aini binti Tawang turut memberikan penjelasan berkaitan keperluan murid tahun 1 dan juga peranan yang patut dimainkan oleh ibubapa murid tahun 1.

Puan Kartini binti Kamaruddin yang menjadi pengacara majlis selaku guru prasekolah turut memberikan penerangan ringkas berkaitan kelas prasekolah 2014.

Terima kasih kepada semua ibubapa yang telah meluangkan masa untuk hadir menjayakan program pertama sekolah bagi sesi 2014 ini. Terima kasih juga kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang turut hadir dan membantu melicinkan perjalanan program dari segi persiapan tempat, siaraya, penyediaan makanan dan sebagainya.


" GEMILANG TERBILANG "

Khamis, 2 Januari 2014


TAKLIMAT
 KEPADA IBUBAPA/PENJAGA 
MURID PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 2014

TARIKH   : 3/1/2014 (JUMAAT)
MASA       : 8.30 PAGI (PENDAFTARAN)
                     9.00 PAGI -  11.00 PAGI (TAKLIMAT/UCAPAN)
TEMPAT  : DEWAN TERBUKA 
                     SK PELAGAT

SILA KLIP PADA SURAT DI BAWAH