Jumaat, 3 Januari 2014

3/1/2014, Jumaat - Program Temu Murni Pentadbir sekolah Bersama Ibubapa/Penjaga Murid Prasekolah dan tahun 1 kali pertama 2014 berjalan dengan lancar. Program tersebut telah diadakan di Dewan Terbuka SK Pelagat bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.10 pagi.

Kehadiran ibubapa/penjaga murid-murid terlibat amat menggalakkan dan mencapai KPI yang ditetapkan oleh tuan guru besar. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairul Azmi bin Mohamad, diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar Encik Izlan bin Ibrahim. Pegawai Perhubungan Sekolah dari PPD Besut, Yang Mulia Tengku Abdullah bin Tengku Abd Rahman yang turut hadir juga  memberikan ucapan sempena perjumpaan kali ini.

Seterusnya Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Roshidah binti Sedek pula memberikan penerangan berkaitan program di bawah pengurusannya. Manakala Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Rugayah binti Daud memaklumkan perkembangan berkaitan dengan kokurikulum serta penambahan aktiviti baru iaitu memanah dan softball.

Puan Zaimah binti A. Rahman selaku guru tahun 1 2014 bersama Puan Aini binti Tawang turut memberikan penjelasan berkaitan keperluan murid tahun 1 dan juga peranan yang patut dimainkan oleh ibubapa murid tahun 1.

Puan Kartini binti Kamaruddin yang menjadi pengacara majlis selaku guru prasekolah turut memberikan penerangan ringkas berkaitan kelas prasekolah 2014.

Terima kasih kepada semua ibubapa yang telah meluangkan masa untuk hadir menjayakan program pertama sekolah bagi sesi 2014 ini. Terima kasih juga kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang turut hadir dan membantu melicinkan perjalanan program dari segi persiapan tempat, siaraya, penyediaan makanan dan sebagainya.


" GEMILANG TERBILANG "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan