Rabu, 1 Januari 2014

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2014

1 Januari 2014, SK Pelagat - Hari pertama sesi persekolahan 2014 berjalan lancar walaupun hari hujan. Kebanyakan murid dapat datang awal sama ada sendiri, bersama kawan-kawan ataupun dihantar oleh ibubapa masing-masing.

Sesi hari ini dimulakan dengan perhimpunan harian biasa di dewan terbuka dengan pesanan oleh guru bertugas, Puan Mahani binti Ab. Hamid dan juiga ucapan tuan guru besar, Encik Izlan bin Ibrahim.

Murid-murid kemudiannya beredar ke kelad masing-masing diiringi pengawas bertugas. Manakala sesi pengajaran dan pembelajaran juga telah bermula seawal pagi mengikut jadual yang telah diedarkan kepada semua murid pada hari pendaftaran yang diadakan pada 29/12/2013 yang lalu.

Murid-murid tahun satu dan prasekolah juga menunjukkan sikap yang positif semasa berada di dalam kelas masing-masing.

GPK HEM menyambut kehadiran murid
Guru besar memberikan ucapan

murid-murid sedang mendengar ucapan
Mendengar pesanan guru bertugas













" GEMILANG TERBILANG "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan