Jumaat, 31 Januari 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN KOMPETENSI ICT 2013

  TERKINI
Untuk membuat semakan sila klik link di bawah
http://apps.moe.gov.my/abpg/KompetensiICT/index.cfm

Ahad, 26 Januari 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2014

Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah menjayakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah 2014 sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. 

     Terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Wahab bin Mohd Arshad, Pengetua SM Imtiaz Besut kerana sudi menberikan ucapan dan menyampaikan watikah kepada semua pengawas.
     Tahniah kepada semua murid yang telah ditauliahkan sebagai pengawas sekolah. Semoga anda dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dedngan baik.


" GEMILANG TERBILANG "

Isnin, 20 Januari 2014

MESYUARAT AGUNG DAN PEMILIHAN AJK RUMAH SUKAN 2014

20/1/2014 - Mesyuarat agung dan pemilihan keempat-empat rumah sukan telah diadakan pada jam 12.15 - 1.15 tengah hari tadi. Semua murid tahun 1 - 6 terlibat dalam mesyuarat tersebut bagi memilih ahli jawatankuasa yang bakal merancakkan lagi program-program kokurikulum  sepanjang sesi persekolahan 2014

Mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar dan mempamerkan persaingan sengit dalam pemilihan jawatan tertinggi kesemua rumah sukan iaitu Kenari, Kembara, Kelisa dan Kancil. Peluang tersebut dijadikan tempat untuk murid mendapat pendedahan bagaimana proses pemilihan ahli jawatankuasa dijalankan.

" GEMILANG TERBILANG " 

Ahad, 5 Januari 2014

5/1/2014, AHAD - Pemilihan pemain bagi pasukan bola jaring sekolah telah diadakan pada jam 4.00 petang di padang sekolah. Proses pemilihan berakhir kira-kira dua jam kemudian. Murid-murid juga turut menunaikan solah asar berjamaah di surau sekolah Guru-guru pebimbing dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Puan Rugayah binti Daud  turut hadir menurunkan ilmu yang dimiliki oleh beliau. Terima kasih  kepada semua murid dan guru.

" GEMILANG TERBILANG "

Sabtu, 4 Januari 2014

5/1/2014, AHAD - Perhimpunan mingguan kali pertama sesi persekolahan 2014 telah diadakan  bermula jam 7.30 pagi. Segalanya berjalan dengan lancar di bawah kendalian guru bertugas Encik Azman bin Abdul Wahab dan Puan Nor Hafiza binti Mokhtar.

Tuan Guru Besar,Encik Izlan bin Ibrahim dalam ucapannya mengharapkan segala-galanya dalam semua semua aspek  akan berjalan dengan baik dan sempurna bagi sesi 2014. Guru besar juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa murid prasekolah dan tahun 1 serta semua guru yang hadir pada hari jumaat bagi menjayakan program temu murni yang telah diadakan.

Beliau juga turut  memperkenalkan seorang guru baru yang bertukar masuk ke SK Pelagat iaitu Puan Sharifah Marlina binti Sayed Mansor. Selamat datang dan selamat bertugas di SKP.

" GEMILANG TERBILANG "

Jumaat, 3 Januari 2014

3/1/2014, Jumaat - Program Temu Murni Pentadbir sekolah Bersama Ibubapa/Penjaga Murid Prasekolah dan tahun 1 kali pertama 2014 berjalan dengan lancar. Program tersebut telah diadakan di Dewan Terbuka SK Pelagat bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.10 pagi.

Kehadiran ibubapa/penjaga murid-murid terlibat amat menggalakkan dan mencapai KPI yang ditetapkan oleh tuan guru besar. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairul Azmi bin Mohamad, diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar Encik Izlan bin Ibrahim. Pegawai Perhubungan Sekolah dari PPD Besut, Yang Mulia Tengku Abdullah bin Tengku Abd Rahman yang turut hadir juga  memberikan ucapan sempena perjumpaan kali ini.

Seterusnya Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Roshidah binti Sedek pula memberikan penerangan berkaitan program di bawah pengurusannya. Manakala Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Rugayah binti Daud memaklumkan perkembangan berkaitan dengan kokurikulum serta penambahan aktiviti baru iaitu memanah dan softball.

Puan Zaimah binti A. Rahman selaku guru tahun 1 2014 bersama Puan Aini binti Tawang turut memberikan penjelasan berkaitan keperluan murid tahun 1 dan juga peranan yang patut dimainkan oleh ibubapa murid tahun 1.

Puan Kartini binti Kamaruddin yang menjadi pengacara majlis selaku guru prasekolah turut memberikan penerangan ringkas berkaitan kelas prasekolah 2014.

Terima kasih kepada semua ibubapa yang telah meluangkan masa untuk hadir menjayakan program pertama sekolah bagi sesi 2014 ini. Terima kasih juga kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang turut hadir dan membantu melicinkan perjalanan program dari segi persiapan tempat, siaraya, penyediaan makanan dan sebagainya.


" GEMILANG TERBILANG "

Khamis, 2 Januari 2014


TAKLIMAT
 KEPADA IBUBAPA/PENJAGA 
MURID PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 2014

TARIKH   : 3/1/2014 (JUMAAT)
MASA       : 8.30 PAGI (PENDAFTARAN)
                     9.00 PAGI -  11.00 PAGI (TAKLIMAT/UCAPAN)
TEMPAT  : DEWAN TERBUKA 
                     SK PELAGAT

SILA KLIP PADA SURAT DI BAWAH


Rabu, 1 Januari 2014

1 Januari 2014, SK PELAGAT -  Hari pertama sesi persekolahan  2014 telah diakhiri dengan solat hajat oleh guru-guru bertempat di surau sekolah. Solat hajat tersebut bertujuan memohon doa kepada allah s.w.t semoga segala perancangan pihak sekolah dan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan akan memberikan kejayaan yanga cemerlang kepada semua murid. Tidak lupa juga dipohonkan agar semua murid tahuin 6 2014 akan mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR pada bulan september nanti.

Sebelum itu semua guru  sama -sama menunaiakn solat zohor berjamaah diimamkan oleh  Ustaz Khairul Azmi bin Mohamad. Hadir sama ke surau ialah tuan guru besar, Encik Izlan bin Ibrahim.
doa dipanjatkan ke hadrat ilahi
guru dan murid yang turut serta




Khusyuk mengaminkan doa
guru besar sedang mengaminkan doa

murid tahun 6 yang hadir sama

asyik mendengar ucapan guru besar

ucapan ringkas guru besar

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2014

1 Januari 2014, SK Pelagat - Hari pertama sesi persekolahan 2014 berjalan lancar walaupun hari hujan. Kebanyakan murid dapat datang awal sama ada sendiri, bersama kawan-kawan ataupun dihantar oleh ibubapa masing-masing.

Sesi hari ini dimulakan dengan perhimpunan harian biasa di dewan terbuka dengan pesanan oleh guru bertugas, Puan Mahani binti Ab. Hamid dan juiga ucapan tuan guru besar, Encik Izlan bin Ibrahim.

Murid-murid kemudiannya beredar ke kelad masing-masing diiringi pengawas bertugas. Manakala sesi pengajaran dan pembelajaran juga telah bermula seawal pagi mengikut jadual yang telah diedarkan kepada semua murid pada hari pendaftaran yang diadakan pada 29/12/2013 yang lalu.

Murid-murid tahun satu dan prasekolah juga menunjukkan sikap yang positif semasa berada di dalam kelas masing-masing.

GPK HEM menyambut kehadiran murid
Guru besar memberikan ucapan

murid-murid sedang mendengar ucapan
Mendengar pesanan guru bertugas













" GEMILANG TERBILANG "