Isnin, 23 September 2013

MAJLIS PERSARAAN PUAN HAJAH HASMANIAH BINTI HUSSIEN 
(GPK KOKURIKULUM)

24  September, Selasa - Majlis perpisahan sempena persaraan Puan Hahjah Hasmaniah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Pelagat telah diadakan di dewan terbuka dalam suasana meriah walaupun terasa  kesedihannya kerana seorang kakitangan sekolah yang juga merupakan pentadbir akan  meninggalkan alam persekolahan dan seluruh warga SKP.


Program bermula jam 10.00 pagi  dengan sambutan yang diraikan iaitu Puan Hajah Hasmaniah binti Hussien  di lobi sekolah oleh pihak pentadbir dan jawatankuasa sambutan beserta 'flower girl's 'yang membawa cenderamata khas. Tetamu yang diraikan  diiring ke dewan terbuka diiringi muzik gamelan.

Cikgu Hajah Hasmaniah kemudiannya dipakaikan selempang.  Majlis di dewan dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku beramai-ramai. Diikuti bacaan doa oleh ustaz Khairul Azmi bin Mohamad. 

Seterusnya ucapan wakil murid  oleh Ahmad Zakuan bin Suhaimi, Ketua Pengawas Sekolah.  Kemudiannya Encik Ghazali bin Che Noh, naib pengerusi PIBG SK Pelagat menyampaikan ucapan. Seterusnya Encik Izlan bin Ibrahim, guru besar menyampaikan ucapan, penghargaan dan terima kasih bagi seluruh waga sekolah kepada yang diraikan. Akhir sekali yang diraikah menyampaikan ucapan dan juga mendeklamasikan sajak sebagai tanda terima kasih dan luahan hati. 

Murid-murid tahun 6 Intan telah menyampaikan dua buah lagu secara beramai-ramai untuk halwa telinga.  Sebelum majlis berakhir, upacara penyampaian cenderahati daripada murid prasekolah, tahun 1 hinggalah ke tahun enam dan juga kedai seakolah. Puan Hajah Hasmaniah atau lenih mesra dengan panggilan kak yah di kalangan warha sekolah turut juga memberikan cenderahati kepada pihak sekolah dan diterima oleh tuan guru besar.

Puan Hajah Hasmaniah seterusnya menandatangani buku kehadiran buat kali terakhir disaksikan semua pentadbir dan warga sekolah. :-)Majlis diakhiri dengan perarakan mengiringi Puan Hajah Hasmaniah  untuk menaiki kenderaan  yang akan membawa beliau ke kediaman rasmi di  Taman Desa Jaya, Kg Lay Out, Padang Luas. Sebelum itu beliau telah memotong  dan melepaskan 30 belon bersama baner 'selamat bersara'.  Beliau kemudiannya diiringi oleh GPK HEM, Puan Roshidah bt Sedek menaiki kenderaan SUV  yang dipandu oleh Encik Izlan bin Ibrahim ke kediamannya.

" SELAMAT BERSARA KAK YAH "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan