Ahad, 4 November 2012

JAMUAN BADAN PENGAWAS DAN MURID TAHUN 6

4/11/2012, Ahad - Jamuan akhir tahun Badan Pengawas Sekolah dan murid tahun 6 telah diadakan bertempat di kantin sekolah. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua guru, kakitangan sekolah, pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas SPBT dan semua murid tahun 6.

 Tujuan majlis tersebut diadakan bukan sekadar untuk makan dan minum. Selain dari itu turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada semua pengawas dan juga cenderahati kepada semua murid tahun 6.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh wakil murid iaitu Muhammad fahmi bin Ramelan yang juga merupakan Ketua Pengawas sekolah. Ianya diikuti dengan ucapan oleh Guru Penolong Kanan HEM, Puan Roshidah binti Sedek.

Akhir sekali murid-murid mendengar pesanan dan amanat daripada tuan guru besar, Encik Izlan bin Ibrahim. Acara  penyampaian cenderahati kepaada murid tahun 6 dilakukan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran Encik Zailan bin Ismail manakala penyampaian sijil kepada pengawas telah disempurnakan oleh tuan guru besar sendiri.

 Semua guru dan murid telah dihidangkan dengan nasi minyak dan juga kuih-muih. Majlis yang bermula jam 11.00 pagi selesai kira-kira jam 12.40 tengah hari.

 " GEMILANG TERBILANG "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan