Selasa, 17 Julai 2012

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SK PELAGAT 2012

SK PELAGAT, 17/7/2012(SELASA) - Pelancaran Sambutan Bulan Kemeerdekaan
2012 peringkat sekolah telah berlangsung secara sederhana tetapi meriah.
Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar,
Encik Izlan bin Ibrahim kira-kira jam 8.00 pagi bertempat di
Dataran Perhimpunan SK Pelagat.

Sebelum majlis perasmian,semua warga sekolah berkumpul
di dataran perhimpunan.Majlis dimulakan dengan nyanyian
tiga buah lagu. Seterusnya tuan guru besar memberikan
ucapan dan merasmikan pelancaran sambutan bulan kemerdekaan.

Selepas itu guru dan murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan
bendera kebanggaan kita iaitu bendera Malaysia. Majlis diteruskan lagi dengan
penyerahan Jalur Gemilang oleh Mohamad Alif Taquiddin bin Ramli diiringi
dua orang ahli pengakap kepada tuan guru besar.

Sebelum majlis berakhir, sekali lagi seluruh warga SK Pelagat menyanyikan
lagu Jalur Gemilang bersama sambil mengibar dan melambaikan bendera kebanggaan
rakyat Malaysia.

Akhir sekali bacaan doa dipanjatkan kepada Illahi agar kita semua selamat
dan negara Malaysia aman damai serta makmur.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan