Ahad, 25 Ogos 2013

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2013

SK Pelagat, 25/8/2013 - Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah disempurnakan oleh tuan guru besar Yang Berusaha Encik Izlan bin Ibrahim.

Pelancaran  bermula jam 7.45 pagi, dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekiolah. Seterusnya Ust Khairul Azmi bin Mohamad guru praktikum JQaF telah memimp[in bacaan doa.

Tuan guru besar kemudiannya telah memberikan ucapan dan menasihati semua murid agar menghayati kemerdekaan negara. Murid-murid perlu menanamkan semangat sayang dan cintakan negara supaya kedaulatan dan keamanan Malaysia yang tercinta ini akan terus terpelihara.

Encik Izlan kemudiannya menarik riben bunting sebagai simbolik pelancaran pada hari ini. Beliau kemudiannya mengagihkan jalur gemilang kepada semua guru dan diikuti  dengan penyerahan bendera  Malaysia oleh GPK HEM . Kemuncak majlis pada hari ini, Semua murid dan guru menyanyikan lagu JAklur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Tanggal 31

Tiada ulasan:

Catat Ulasan