Selasa, 12 November 2013

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013

Selasa, 12/11/2013 - SK Pelagat telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 bagi memberi pengiktirafan kepada semua murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik serta memberikan sumbangan kepada sekolah.

Majlis yang bermula jam 9.00 pagi itu telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Timbalan Pengrusi PIBG SK Pelagat, Encik Ghazali bin Che Noh  mewakili Pengerusi PIBG.

Bacaan doa menjadi pembuka tirai majlis. Ianya diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar, Encik Izlan bin Ibrahim. Tuan Haji Suhaimin bin Yassin dari Pejabat Pelajaran daerah Besut  turut memberikan ucapan mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Besut.

Encik Ghazali bin Che Noh kemudiannya memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan SK Pelagat 2013.
Persembahan koir murid tahun 6 mengambil tempat selepas upacara perasmian. Anugerah-anugerah kecemerlangan mengikut kategori yang telah ditetapkan telah disampaikan oleh para pentadbir sekolah dan juga tetamu jemputan.

Mengakhiri majlis, pasukan tarian sekolah mempamerkan kebolehan mereka menari ala tarian hindi diiringi sebuah lagu hindi dan berjaya menarik perhatian semua hadirin. 

Aturcara majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua guru, kakitangan sekolah, tetamu-tetamu jemputan dan tidak lupa juga kepada semua ibubapa dan penjaga yang dapat hadir serta semua murid SK Pelagat kerana telah menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2013  Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi.

"GEMILANG TERBILANG"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan