Rabu, 23 Januari 2013

PENYAMPAIAN BANTUAN  AWAL PERSEKOLAHAN RM100 2012
23 Januari 2013, Selasa - Majlis penyampaian bantuan awal persekolahan SK Pelagat  yang diadakan hari ini berjalan dengan lancar. Program yang berlangsung pada jam 2.30 petang itu berakhir kira-kira jam 4.30 petang. Perasmian dan penyampaian wang bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Baharum bin Said, AJK UMNO Bahagian Besut.

Para ibubapa telah mula mendaftar pada jam 2.00 petang dan berterusan sehingga jam 2.30 petang . Majlis dimulakan dengan  bacaan doa oleh Guru J-Qaf, Ustaz Mohd Fikruddin  bin Mat Zin. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh tuan guru besar, Yang Berusaha Encik Izlan bin Ibrahim. Selepas itu Encik Baharum bin Said memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan program tersebut.

Beliau kemudannya telah menyampaikan bantuan kepada pelajar yang naik ke pentas bersama ibu atau bapa masing-masing bermula dengan  murid tahun satu hinggalah murid tahun 6. Perjalanan majlis hari ini juga dipantau oleh pihak PPD Besut yang dihadiri oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (bagi SK Pelagat) YM Uztaz Tengku Abdullah bin Tengku Abdul Rahman.

Terima kasih kepada semua pihak yang  telah menjayakan majlis ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung terutamanya UMNO Bahagian Besut, PPD Besut, PDRM (Balai Polis Jerteh) serta seluruh warga SK Pelagat.




" GEMILANG TERBILANG "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan