Ahad, 27 Januari 2013

JAMUAN PERPISAHAN GURU BERTUKAR

27 Januari 2013, SK Pelagat  - Satu majlis  jamuan telah diadakan pada jam 1.30 tengah hari tadi bertempat di bilik jamuan. majlis tersebut diadakan sempena pertukaran dua orang guru berkuatkuasa 1 Januari tahun ini. Mereka ialah YM Tuan Nor Ashikin binti Tuan Abu Bakar yang bertukar ke SK Alor Peroi dan Ustaz Ahmad Miqdad bin Shamsuddin yang bertukar ke Negeri Selangor.

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan aluan pengacara majlis, diikuti ucapan tuan guru besar Encik Izlan bin Ibrahim. Seterusnya mereka yang diraikan pula memberikan ucapan dimulai dengan Ustaz Miqdad dan diikuti oleh YM Tuan Nor Ashkin.

Sebelum tetamu yang diraikan  guru serta kakitangan SKP menikmati hidangan tengah hari, tuan guru besar telah menyampaikan cendera hati kepada mereka berdua sumbangan kelab guru dan kakitangan sekolah, PIBG dan juga kedai sekolah.

Kepada kedua-dua guru yang bertukar, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala khidmat bakti yang telah disumbangkan sepanjang tuan/puan berkhidmat di SK Pelagat. Teruslah berbakti untuk anak didik anda yang berada di tempat baru. Selamat maju jaya.

" GEMILANG TERBILANG "


Tiada ulasan:

Catat Ulasan