Khamis, 7 Februari 2013

SAMBUTAN MAULIDURRASUL SKP 1434 H/ 2013 M

SKP, 7/2/2012 - Sambutan maulidurrasul peringkat sekolah telah diadakan hari ini. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari dipenuhi dengan beberapa aktiviti.

Program bermula pada jam7.30 pagi di mana murid-murid diberikan taklimat perjalanan program. Semua murid seterusnya berarak beramai-ramai menuju ke masjid As-Solihin, Kampung Padang Luas. Setibanya dimasjid, mereka kemudiannya diberikan makanan dan juga dan makan beramai-ramai di perkarangan masjid.

Selesai makan, murid dan guru naik untuk solat tahhiyatul masjid dan juga solat sunat dhuha kira-kira jam 9.30 pagi. Ceramah maulidurrasul telah diberikan oleh Ustaz Mohd Najib, guru J-QaF SK Keluang pada jam 10.00 pagi dan berakhir setengah jam kemudian. GPK Pentadbiran , Encik Zailan bin Ismail telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah  undangan.

Murid dan guru kemudiannya beredar meninggalkanMasjid As-Solihin dan kembali ke sekolahbagi meneruskan aktiviti seterusnya. 11.15  pagi murid-murid rehat dan makan di kantin.. 11.45 pagi, kuiz yang berkaitan dengan kisah-kisah junjungan besar nabi Muhammad s.a.w diadakan meliobatkan semua murid.

Program berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari. Jawatankuasa sambutan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan maulidurrasulperingkat sekolah terutamanya pihak jawatankuasa Masjid As-Solihin , Kampung Padang Luas.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan