Sabtu, 16 Februari 2013

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2013
16 Februari 2013, Sabtu - Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah telah diadakan bertempat di Pusat Pendidikan Biodiversiti Jabatan PERHILITAN Negeri Terengganu, Bukit Marak, Pelagat, Besut.Kursus sehari tersebut melibatkan seramai 86 orang peserta.

Peserta kursus adalah terdiri daripada Pengawas Sekolag, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan juga Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks. Program bermula jam 7.45 pagi dengan pendaftaran peserta dikuti taklimat ringkas oleh pihak urusetia.

Jam 8.00 pagi slot pertama di dewan dikendalkian oleh En Muhammad Faisal bin Abdullah, kaunselor SK Kampong Raja. Selepas minum pagi peserta mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Puan Hajah Wan Norlaila binti Ahmad, Pegawai KGSK, PPD Besut. 12.30 tengah hari semua peserta berehat, makan tengah hari dan solat zohor berjamaah dimamkan Ustaz Khairul Azmi bin Mohamad di surau yang memang tersedia di kawasan pusat tersebut.

2.15 petang para peserta mengikuti aktiviti di luar iaitu "blind trail" yang dikendalikan oleh pihak Pusat Pendidikan Biodiversiti yang diketuai oleh Puan Hazlin selaku ketua pusat tersebut bersama lima orang kakitangannya dan dibantu oleh guru-guru IPG Kampus Sultan Mizan Besut yang menjalani praktikum.

Kira-kira jam 4.15 petang peserta kursus mula membersihkan diri bagi majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan. Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh GPK HEM SK Pelagat, Puan Roshidah binti Sedek.  Lebih kurang jam 5.00 petang semua peserta telah berlepas pulang ke rumah masing-masing dijemput oleh ibubapa meraka.

" Gemilang Teerbilang "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan