Sabtu, 9 Mac 2013

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM 2013
9 Mac 2013, Sabtu - Seramai 60 orang murid telah mengikuti kursus kepimpinan kokurikulum yang diadakan bertempat di Dewan Terbuka sekolah. Program sehari tersebut adalah anjuran Unit Kokurikulum SK Pelagat dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Daerah Besut.

Kursus yang bermula jam 8.00 pagi tersebut berakhir kira-kira jam 4.15 petang dikendalikan sepenuhnya oleh anggota JPAM daerah Besut. Kursus tersebut terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama pendedahan kepada para peserta tentang keselamatan di dalam kawasan sekolah. Kedua, berkaitan kebakaran dan cara-cara mencegah kebakaran serta memadamkan kebakaran. Manakala bahagian ketiga berkaitan pertolongan cemas dan menyelamat mangsa yang mengalami kecederaan.

Murid-murid diberi peluang merasai sendiri  memadamkan kebakaran dan juga memberikan bantu mula kepada mangsa ke tempat selamat dalam simulasi yang dirancangkan oleh fasilitator JPAM. Mereka juga didedahkan cara-cara menyelamat dengan menggunakan pelbagai kaedah berdasarkan situasi semasa.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada semua peserta dan juga cenderahati kepada anggota JPAM yang terlibat menjayakan kursus tersebut.

" GEMILANG TERBILANG "
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan