Ahad, 31 Mac 2013


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-7

31 Mac 2013 Ahad- Mesyuarat Agung PIBGKaliKe-7telah diadakan bertempat 
di Dewan Terbuka dan telah dirasmikan oleh YB Dato'Seri Dr. Haji Abdullah bin Md Zin,
 Ahli Parlimen Besut. Para ibu bapa mula mendaftar bermula jam 2.30 petang 
di lobi sekolah. Jam 2.45petang, tetamu mula sampai yang mana turut dihari wakil 
dariPPD Besut, YM Tengku Abdullah bin Tengku Abdul Rahman. Hampir jam 3.00 petang 
YB Dato' Dr Hj Abdullah tiba dan sisambut oleh Tn.Hj. Mohd Adnand bin Hussin, 
Pengerusi PIBG, Encik Izlan bin Ibrahim(guru besar) barisan AJKPIBG dan jemputan
 yang lain.
.
 Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, diikuti dengan  ucapan
pengacara majlis, ucapan aluan tuan guru beaar En. Izlan bin Ibrahim. Seterusnya
 Pengerusi PIBG, Tuan Hj Mohd Adnand bin Hussin memberikan ucapan.ucapan. 
Seterusnya  ucapan dan perasmiam oleh YB Dato'Deri dr Hj Abdullah bin Md Zin.

Selesai perasmian, yang berhormat  menyampaikan sijil penghargaan dan juga plag 
kepada semua ahli jawatankuasa PIBG sesi 2012/2013. Kemudian beliau membuat 
cabutan nombor bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada mereka yang 
terpilih.

Selepas itu mesyuarat agung dimulakan dengan dipengerusikan oleh 
Timbalan PengerusiPIBG setelah dipersetujui oleh para hadirin dan berlangsung 
dalam suasana harmoni dan kekeluargaan. Keputusan hari ini menyaksikan semua
 ahli jawatankuasa yang sedia ada dan hadir pada hari ini dikekalkan.
Cabutan nombor bertuah disambung selepas mesyuarat selesai. Majlis berakhir
kira-kira jam 6 petang












Tiada ulasan:

Catat Ulasan