Khamis, 18 Julai 2013

BUMBUNG KELAS PRA TERCABUT

18/7/2013, Khamis - Seramai 25 orang murid  kelas praskolah SK Pelagat terpaksa dipindahkan ke bilik kesihatan untuk meneruskan sesi pembelajaran pada hari ini memandangkan kelas mereka ditakungi air ekoran hujan lebat dan ribut kuat yang berlaku semalam. Dalam kejadian yang berlaku pada waktu asar  itu atap kelas berkenaan tercabut menyebabkan hujan yang turun agak lebat membasahi lantai dan sebahagian kecil perabut. Manakala terdapat juga takungan air di lantai kelas.Kejadian tersebut disedari oleh guru kelas berkenaan semasa memasuki kelasnya yang berada dibahagian belakang sekolah/ Walau bagaimanapun pengajaran dan pembelajaran tetap berlaku seperti biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan