Sabtu, 13 Julai 2013

PELANCARAN IHYA RAMADHAN

AHAD, 14/7/2013 - Panitia Pendidikan Islam, JQAF mengadakan pelancaran program Ihya Ramadhan 2013 peringkat sekolah bertempat di dewan terbuka sekolah.
Program yang bermula jam 7.45 pagi  itu telah dirasmikan oleh Tuan Guru, Encik Izlan bin Ibrahim dengan memotong reben bunting yang di tempah khas.

Aturcara hari ini bermula dengan nyanyian lagu, diikuti dengan bacaan doa oleh ustaz Khairul Azmi bin Mohamad. Seterusnya Ustaz Khairul memberikan tazkirah ramadhan kepada semua warga SK Pelagat terutamanya murid-murid.

Ianya diikuti dengan pelancaran oleh tuan guru besar. Sebelum program berakhir, semua murid dan guru menonton tayangan video  yang berkaitan dengan ramadhan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan