Ahad, 27 Januari 2013

JAMUAN PERPISAHAN GURU BERTUKAR

27 Januari 2013, SK Pelagat  - Satu majlis  jamuan telah diadakan pada jam 1.30 tengah hari tadi bertempat di bilik jamuan. majlis tersebut diadakan sempena pertukaran dua orang guru berkuatkuasa 1 Januari tahun ini. Mereka ialah YM Tuan Nor Ashikin binti Tuan Abu Bakar yang bertukar ke SK Alor Peroi dan Ustaz Ahmad Miqdad bin Shamsuddin yang bertukar ke Negeri Selangor.

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan aluan pengacara majlis, diikuti ucapan tuan guru besar Encik Izlan bin Ibrahim. Seterusnya mereka yang diraikan pula memberikan ucapan dimulai dengan Ustaz Miqdad dan diikuti oleh YM Tuan Nor Ashkin.

Sebelum tetamu yang diraikan  guru serta kakitangan SKP menikmati hidangan tengah hari, tuan guru besar telah menyampaikan cendera hati kepada mereka berdua sumbangan kelab guru dan kakitangan sekolah, PIBG dan juga kedai sekolah.

Kepada kedua-dua guru yang bertukar, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala khidmat bakti yang telah disumbangkan sepanjang tuan/puan berkhidmat di SK Pelagat. Teruslah berbakti untuk anak didik anda yang berada di tempat baru. Selamat maju jaya.

" GEMILANG TERBILANG "


Rabu, 23 Januari 2013

PENYAMPAIAN BANTUAN  AWAL PERSEKOLAHAN RM100 2012
23 Januari 2013, Selasa - Majlis penyampaian bantuan awal persekolahan SK Pelagat  yang diadakan hari ini berjalan dengan lancar. Program yang berlangsung pada jam 2.30 petang itu berakhir kira-kira jam 4.30 petang. Perasmian dan penyampaian wang bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Baharum bin Said, AJK UMNO Bahagian Besut.

Para ibubapa telah mula mendaftar pada jam 2.00 petang dan berterusan sehingga jam 2.30 petang . Majlis dimulakan dengan  bacaan doa oleh Guru J-Qaf, Ustaz Mohd Fikruddin  bin Mat Zin. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh tuan guru besar, Yang Berusaha Encik Izlan bin Ibrahim. Selepas itu Encik Baharum bin Said memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan program tersebut.

Beliau kemudannya telah menyampaikan bantuan kepada pelajar yang naik ke pentas bersama ibu atau bapa masing-masing bermula dengan  murid tahun satu hinggalah murid tahun 6. Perjalanan majlis hari ini juga dipantau oleh pihak PPD Besut yang dihadiri oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (bagi SK Pelagat) YM Uztaz Tengku Abdullah bin Tengku Abdul Rahman.

Terima kasih kepada semua pihak yang  telah menjayakan majlis ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung terutamanya UMNO Bahagian Besut, PPD Besut, PDRM (Balai Polis Jerteh) serta seluruh warga SK Pelagat.




" GEMILANG TERBILANG "

Selasa, 22 Januari 2013


MAJLIS PENYAMPAIAN 
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM100
2013

TARIKH : 23 JANUARI 2013 (RABU)
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN TERBUKA

Ahad, 20 Januari 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN WATKAH PENGAWAS PSS & SPBT 2013

20/1/2013, AHAD - Majlis PenyampaIan Watikah Perlantikan Pengawas Pusat  Sumber Sekolah
 dan Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks telah diadakan hari ini. Acara tersebut berlangsung bermula jam 7.45 pagi  dan bertempat di dewan terbuka telah dirasmikan oleh tuan Guru Besar, Encik Izlan bin Ibrahim.

Majlis tersebut dimulakan dengan  bacaan doa oleh ustaz Mohd Fikruddin binMat Zin diikuti nyanyian lagu Negaraku, lagu Selamat Sultan dan lagu sekolah serta diikuti oleh ucapan guru besar.

 Kesemua pengawas PSS dan SPBT telah menerima watikah masing-masing darpada tuan guru besar.
 Mereka kemudiannnya melafazkan ikrar. Selepas itu mereaka bergambar bersama ahli jawatankuasa masing-masing.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pengawas PSS dan SPBT yang terpilih
dan telah menerma watikah masngp-masing. Bekerjalah dengan penuh bersungguh-sungguh

Pada majlis yang sama juga ketiga-tiga orang pengawal keselamatan sekolah iaitu
Encik Ramli bin Mat Nor, Encik Ibrahm bin Che Ali dan Encik Mustafa telah menerima
sijil penghargaan darpada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Jerteh.. Sijil-sijil penghargaan
 tersebut telah disampaikan oleh Guru Peno;ong Kanan Pentadbiran, Encik Zailan bin Ismail.

" GEMILANG TERBILANG "


Ahad, 6 Januari 2013

PERHIMPUNAN PERTAMA SESI 2013

6/1/2013, AHAD - Perhimpunan pertama sesi persekolahan 2013 telah
diadakan di Dataran  Ilmu. Sebagaimana biasa loceng pertama dibunyikan
tepat jam 7.30 pagi. Semua murid dan guru berkumpul  sebelum majlis di-
mulakan.

Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah dikumandangkan oleh murid
dan guru. Kemudiannya diikuti ucapan  oleh guru  bertugas. Akhir sekali tuan guru besar
memberikan ucapan. Beliau mengucapkan selamat kembali ke sekolah
kepada semua murid dan juga guru.

Selasa, 1 Januari 2013

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2013

1/1/2013 -Hari pertama persekolahan sesi 2013 berjalan lancar.
Murid-murid telah memujlakan pembelajaran di kelas masing-masing
dalam suasana tenang dan terkawal seolah-olah bukan hari pertama
belajar.