Khamis, 4 April 2013

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD BESUT 2013

8/4/2012,Isnin - Pasukan bola tampar perempuan SK Pelgat telah mewakili Zon Jerteh ke Kejohanan Bola Tampar MSSD Besut edisi 2013 setelah menjadi johan pada peringkat zon yang diadakan baru-baru ini.

Pasukan tersebut adalah kombinasi pemain dari SK Pelagat dan juga SK Tanah Merah. Kejohana tersebut telah diadakan di SK Kampong Raja bermula jam 8.30 pagi  Kejohanan yang diadakan secara liga kumpulan tersebut menempatkan Zon Jerteh dalam kumpulan D yang memerlukan pemain bertanding sebanyak empat kali.

Kemenangan sebanyak dua kali dan kalah dua kali  daripada empat perlawanan membolehkan pasukan tersebut mengutip 6 maa. Walai bagaimanapun pasukan perempuan Zon Jerteh gagal untuk ke peringkat separuh akhir yang akan diadakan esok.

Namun demikian syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain perempuan sekolah kerana telah berjaya ke peringkat daerah. Semoga kejayaan pada kali ini akan menjadi perangsang kepada murid-murid lain untuk ke peringkat yang lebih jauh pada tahun akan datang.

"GEMILANG TERBILANG"

         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan