Jumaat, 26 April 2013

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2 SESI 2013.

ALHAMDULILLAH..,Pada 22&24 APRIL 2013, Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF telah berjaya menganjurkan Kem Bestari Solat siri ke-2. Program diadakan selama 2 hari iaitu pada hari isnin dan hari rabu.
Program ini dimulakan dengan solat zohor berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Fikruddin b. Mat Zin. Setelah selesai murid diberikan masa untuk makan dan kemudian berkumpul di Dewan terbuka sekolah. Kem Bestari Solat ini bermula dengan taklimat dan pembahagian kumpulan pada pukul 2.15 petang. Setiap kumpulan diiringi oleh seorang fasilitator sebagai pemudahcara.
Bagi Tahap 1 , murid diberikan pendedahan ulang tentang teori wuduk dan niat solat. Murid-murid dikehendaki menunjukkan cara-cara mengambil wuduk yang sempurna sambil diberi tunjuk ajar oleh fasilitator masing-masing. Di samping itu, mereka juga diberikan pendedahan amalan wuduk bermula dari basmalah hingga membaca doa. Bagi tahap 2 pula, mereka diberikan pendedahan tentang tatacara solat yang sempurna dan berkualiti. Murid-murid juga diberikan tugas untuk melakukan amali sambil dibimbing oleh fasilitator masing-masing.  
Ucapan terima kasih kepada Guru Besar (En. Izlan bin Ibrahim) kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dalam program ini. Dan tidak lupa kepada semua pihak yang telah bertukus lumus bagi menjayakan program ini. Semoga diberikan ganjaran yang besar di sisi Allah SWT..
Sekian..Terima kasih..




Murid-murid mendengar taklimat

Solat Zohor berjemaah

LDK Tahap 1

Demonstrasi






Tiada ulasan:

Catat Ulasan