Selasa, 16 April 2013

PERTANDINGAN KOMPANG PERINGKAT SEKOLAH 2013
16/4/2013, SELASA - Pertandingan kompang peringkat sekolah di antara unit-unit berunifom telah diadakah bertempat di dewan terbuka bermula jam 1.45 petang. Pertandingan tersebut adalah anjuran Panitia Muzik sekolah menyaksikan empat unit bertanding iaitu pengakap, Puteri Islam, TKRS dan Tunas Pandu.

GuruPenolong Kanan 1, Encik Zailan bin Ismail telah merasmikan pertandingan yang julung-julung  kali  di adakan di sekolah ini. Murid-murid tahun 3 Intan telah membuka tirai majlis dengan membuat persembahan yang berjudul "gergasi". Pasukan Pengakap mendahului pasukan lain membuat persembahan. Ianya diikuti dengan pasukan Puteri Islam, TKRS dan Tunas Pandu. Murid-murid tahun 3 Intan sekali lagi membuat persembahan sebagai selingan sementara menunggu keputusan para hakim.

Johan pertandingan kompang peringkat sekolah di antara unit-unit beruniform 2013 telah dimenangi oleh pasukan Pengakap. Naib johan ialah pasukan Puteri Islam, tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Tunas Pandu manakala tempat keempat pasukan TKRS.

Hadiah-hadiah berupa hamper telah disampaikan oleh GPK 1 Encik Zailan bin Ismail kepada semua pasukan yang bertanding.













  "GEMILANG TERBILANG"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan