Selasa, 30 April 2013

TAKLIMAT SARANA SEKOLAH

SELASA, 30 aPRIL 2012 - Satu taklimat khas iaitu "Sarana Sekolah" telah diadakan oleh tuan guru besar Encik Izlan bin Ibrahim bertempat di bilik mesyuarat jam 1.30 tenga hari.

Selepas taklimat berlangsung, warga pendidik SK Pelagat telah diedarkan borang soal selidik yang perlu dilengkapkan untuk dibuat analisa oleh pihak pengurusan sekolah. 

" gemilang terbilang "

Ahad, 28 April 2013

TAKLIMAT KESEDARAN MENCEGAH KEBAKARAN

AHAD, 27 April 2013 - Satu taklimat kesedaran mencegah kebakaran  telah diadakan kepada semuja guru dan kakitangan sekolah. Program yang mengambil masa kira-kira satu jam itu telah dibuat oleh Encik Joshua Lim dari Pusat Khidmat Mencegah Kebakaran, Kuantan , Pahang Darul Makmur.

Sepanjang tempoh satu jam tersebut semua warga SK Pelagat telah diberikan pendedahan bagaimana menghadapi situasi cemas apabila berlaku kebakaran sama ada di rumah ataupun dalam kereta. Di samping itu  kami juga diberitahu betapa perlunya setiap rumah dan kereta dilengkapi dengan pemadam api.


" GEMILANG TERBILANG "

Jumaat, 26 April 2013

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2 SESI 2013.

ALHAMDULILLAH..,Pada 22&24 APRIL 2013, Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF telah berjaya menganjurkan Kem Bestari Solat siri ke-2. Program diadakan selama 2 hari iaitu pada hari isnin dan hari rabu.
Program ini dimulakan dengan solat zohor berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Fikruddin b. Mat Zin. Setelah selesai murid diberikan masa untuk makan dan kemudian berkumpul di Dewan terbuka sekolah. Kem Bestari Solat ini bermula dengan taklimat dan pembahagian kumpulan pada pukul 2.15 petang. Setiap kumpulan diiringi oleh seorang fasilitator sebagai pemudahcara.
Bagi Tahap 1 , murid diberikan pendedahan ulang tentang teori wuduk dan niat solat. Murid-murid dikehendaki menunjukkan cara-cara mengambil wuduk yang sempurna sambil diberi tunjuk ajar oleh fasilitator masing-masing. Di samping itu, mereka juga diberikan pendedahan amalan wuduk bermula dari basmalah hingga membaca doa. Bagi tahap 2 pula, mereka diberikan pendedahan tentang tatacara solat yang sempurna dan berkualiti. Murid-murid juga diberikan tugas untuk melakukan amali sambil dibimbing oleh fasilitator masing-masing.  
Ucapan terima kasih kepada Guru Besar (En. Izlan bin Ibrahim) kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dalam program ini. Dan tidak lupa kepada semua pihak yang telah bertukus lumus bagi menjayakan program ini. Semoga diberikan ganjaran yang besar di sisi Allah SWT..
Sekian..Terima kasih..




Murid-murid mendengar taklimat

Solat Zohor berjemaah

LDK Tahap 1

Demonstrasi






Selasa, 16 April 2013

PERTANDINGAN KOMPANG PERINGKAT SEKOLAH 2013
16/4/2013, SELASA - Pertandingan kompang peringkat sekolah di antara unit-unit berunifom telah diadakah bertempat di dewan terbuka bermula jam 1.45 petang. Pertandingan tersebut adalah anjuran Panitia Muzik sekolah menyaksikan empat unit bertanding iaitu pengakap, Puteri Islam, TKRS dan Tunas Pandu.

GuruPenolong Kanan 1, Encik Zailan bin Ismail telah merasmikan pertandingan yang julung-julung  kali  di adakan di sekolah ini. Murid-murid tahun 3 Intan telah membuka tirai majlis dengan membuat persembahan yang berjudul "gergasi". Pasukan Pengakap mendahului pasukan lain membuat persembahan. Ianya diikuti dengan pasukan Puteri Islam, TKRS dan Tunas Pandu. Murid-murid tahun 3 Intan sekali lagi membuat persembahan sebagai selingan sementara menunggu keputusan para hakim.

Johan pertandingan kompang peringkat sekolah di antara unit-unit beruniform 2013 telah dimenangi oleh pasukan Pengakap. Naib johan ialah pasukan Puteri Islam, tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Tunas Pandu manakala tempat keempat pasukan TKRS.

Hadiah-hadiah berupa hamper telah disampaikan oleh GPK 1 Encik Zailan bin Ismail kepada semua pasukan yang bertanding.













  "GEMILANG TERBILANG"

Ahad, 14 April 2013

MAJLIS PELANCARAN PAMERAN SENI VISUAL

AHAD, 14/4/2013 - Majlis Pelancaran Pameran Seni Visual 2013 telah diadakan bertempat di Dewan Terbuka jam 7.50 pagi tadi.Perasmiah telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Encik Izlan bin Ibrahim.

Selepas majlis pelancaran, guru besar, guru-guru telah dijemput untuk menyaksikan hasil kerja murid dalam matapelajaran seni visual/pendidikan seni. Manakala murid-murid bergilir-gilir bergerak ke bilik pameran mengikut jadual yang telah disusun bersama guru yang mengajar semasa kelas berkenaan perlu ke bilik pameran.





Khamis, 4 April 2013

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD BESUT 2013

8/4/2012,Isnin - Pasukan bola tampar perempuan SK Pelgat telah mewakili Zon Jerteh ke Kejohanan Bola Tampar MSSD Besut edisi 2013 setelah menjadi johan pada peringkat zon yang diadakan baru-baru ini.

Pasukan tersebut adalah kombinasi pemain dari SK Pelagat dan juga SK Tanah Merah. Kejohana tersebut telah diadakan di SK Kampong Raja bermula jam 8.30 pagi  Kejohanan yang diadakan secara liga kumpulan tersebut menempatkan Zon Jerteh dalam kumpulan D yang memerlukan pemain bertanding sebanyak empat kali.

Kemenangan sebanyak dua kali dan kalah dua kali  daripada empat perlawanan membolehkan pasukan tersebut mengutip 6 maa. Walai bagaimanapun pasukan perempuan Zon Jerteh gagal untuk ke peringkat separuh akhir yang akan diadakan esok.

Namun demikian syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain perempuan sekolah kerana telah berjaya ke peringkat daerah. Semoga kejayaan pada kali ini akan menjadi perangsang kepada murid-murid lain untuk ke peringkat yang lebih jauh pada tahun akan datang.

"GEMILANG TERBILANG"

         

KEJOHANAN BADMINTON MSS ZON JERTEH 2012

Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 3 dan 4 April 2013 bertempat di Sekolah Imtiaz Besut, Padang Landak, Jerteh.

Keputusan perlawanan adalah sebagaimana berikut:

PERSEORANGAN PEREMPUAN - NAIB JOHAN
- ANIS INSYIRAH BINTI A ZAMRI

BEREGU PEREMPUAN - NAIB JOHAN
- ANIS INSYIRAH BINTI A ZAMRI
- LIYANA BINTI ALIAS

PERSEORANGAN PEREMPUAN - KETIGA
- LIYANA BINTI ALIAS

PERSEORANGAN LELAKI- KETIGA
- MUHAMMAD HAFIZH AIMAN BIN MOHD HATTA

Tahniah kepada  semua pemenang

"GEMILANG TERBILANG"




Isnin, 1 April 2013

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN (MTQ) ZON JERTEH 2013

Majlis tersebut telah diadakan di SKSeberang Jerteh pada 1 April 2013. Murid-murid dari SK Pelagat telah mengambil bahagian dalam bebrapa pertandingan dan keputusannya adalah sebagaimana berikut:

     TILAWAH AL-QURAN
-NUR FATINI BT ZAKARIA (TEMPAT KEEMPAT)

     HAFAZAN
- NUR MUNIRAH BINTI MAT ROPI (JOHAN)
  akan mewakiliZon Jerteh ke MTQ peringkat daerah Besut pada  8   
  2012 bertempat di SMK Seri Besut.

-MUHAMMAD HAFIZH AIMAN BIN MOHD HATTA (KETIGA)

     BERCERITA KISAH-KISAH NABI
- NUR ATHILAH BINTI NORDIN (JOHAN)
   akan mewakiliZon Jerteh ke MTQ peringkat daerah Besut pada  8  
  2012 bertempat di SMK Seri Besut.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta SK Pelagat.


" GEMILANG TERBILANG "